35 Individu Rugi RM1.6 Juta dan Terkandas di KLIA Akibat Ditipu Pakej Haji VIP

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Musim haji adalah musim yang dinanti-nantikan oleh umat Islam,
terutamanya bagi yang bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci
untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. Namun begitu,
setiap kali musim haji, pasti muncul kisah-kisah bakal jemaah
haji yang terkandas di lapangan terbang kerana agensi
pelancongan gagal menguruskan dokumen visa mereka.

Pada tahun ini, sekali lagi sekumpulan bakal jemaah haji telah
terkandas di lapangan terbang kerana ditipu agensi pelancongan.
Alahai kesiannya, tak terbayang rasa kecewa mereka…

Gambar hiasan

Menurut mStar, seramai 35
individu mendakwa ditipu agensi pelancongan yang menawarkan
pakej haji untuk VIP pada bulan Ogos yang lalu
. Agensi
pelancongan itu dilaporkan menggunakan alamat di Jalan Ipoh dan
Shah Alam serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).

Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis
Kawal Selia Umrah (MKSU), Dr. Mazlina Abu Bakar berkata,
siasatan yang telah dijalankan mendapati, walaupun
agensi terbabit telah berdaftar dengan SSM, tetapi mereka tidak
mempunyai lesen pengelola jemaah haji dan lesen umrah,

lapor Berita Harian.

Menurut Kosmo, agensi yang
dikenal pasti adalah Syarikat Haji Harun Seh Umrah
& Tours Sdn. Bhd dan 
35 mangsa
terdiri daripada golongan orang kenamaan (VIP) termasuklah
berstatus Datuk dan Datin. 

Sumber: KosmoSumber: Kosmo

Turut dilaporkan, setiap seorang individu
telah
kerugian melebihi RM20,000 selepas
syarikat terbabit menjanjikan visa khas haji

(FURADA) terus dari Arab Saudi, namun terkandas di lapangan
terbang kerana tiada visa.

Salah seorang mangsa, Datin Seri Norlin Ismail, berkata,
syarikat itu hanya membelikan tiket penerbangan dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dubai, Emiriyah
Arab Bersatu tetapi, tiada sambungan penerbangan ke Jeddah.

Kami turut cuba mendapatkan penjelasan daripada
syarikat itu melalui telefon tetapi pemiliknya enggan memberi
sebarang maklum balas,” 
kata wanita berusia 44
tahun itu.

Hamiza Mohd Noor, 50, juga mangsa, berkata dia telah rugi
sebanyak RM226,200, dan apabila syarikat berkenaan dihubungi,
mereka menjelaskan itu sama sekali bukan urusan mereka. Eh,
macam tu pulak?

Pada 28 Ogos 2017 kami tak dapat berlepas ke Mekah
kerana masalah penerbangan. Bila kami hubungi pemilik
syarikat terbabit, mereka kata itu bukan urusan
mereka.”

Difahamkan, setiap mangsa telah kerugian sebanyak
sekurang-kurangnya RM50,000 untuk bayaran deposit. Kesemua
mangsa telah membuat laporan polis dan buat masa ini wang
mereka masih belum dipulangkan.

Kalau rasa tak boleh nak uruskan hal haji, tak payahlah
adakan pakej haji. Kesian jemaah-jemaah tu. Segala persiapan
dah dibuat….

Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian
Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas
Dimarahi

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source