5 Hotel Muslim-Friendly di Maldives Ini Akan Buat Anda Mahu Melancong ke Sana!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Maldives adalah antara destinasi pilihan ramai terutamanya
pasangan suami isteri sebagai tempat honeymoon mereka.
Siapa je taknak pergi Maldives kan?

Kali ni kami kongsikan 5 Hotel Muslim-Friendly di
Maldives!
Check it out!

1. Kaani Beach Hotel

Dengan lokasi yang menarik dan menghadap laut anda pasti mahu
tinggal di hotel ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah
memancing, menyelam, snorkelling dan macam-macam
lagi. Jika mahu saksikan matahari terbit atau terbenam,
tempah bilik di tingkat 2!

Sumber:
TripAdvisor
Sumber:
Booking.com

 

2. The Barefoot Eco Hotel

Hotel ini terletak di Hanimadhoo dan mempunyai pusat
pemuliharaan dengan ahli biologi marin jadi anda digalakkan
melakukan aktiviti menyelam atau snorkeling dengan
mereka. Jika anda suka aktiviti berkayak, cuba lah di sini!

 

3. Arena Beach Hotel

Sumber:
Booking.com

Terletak di Maafushi, hotel ini dikenali dengan servis dan
layanan yang baik daripada staf mereka.  Anda boleh rendam
dalam jakuzi di rooftop hotel ini jika anda tempah
bilik The Super Deluxe mereka. Jangan lupa cuba
parasailing di sini!

 

4. Aveyla Manta Village

Lokasinya yang terletak di tepi pantai membuatkan setiap
pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk tempah bilik
sea view di sini. Terkenal dalam
kalangan pengunjung yang mahukan hotel mewah dengan harga
yang berpatutan. Di sini juga anda akan mempunyai akses
untuk ke pantai persendirian jika mahukan privasi dan suasana
yang tenang.

Sumber: Booking.com

 

5. Crystal Sands Beach Hotel

Terletak sangat dekat dengan terminal feri dan berdekatan
dengan perkampungan penduduk tempatan. Menjanjikan penginapan
yang selesa, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk
menginap di hotel yang terletak di Maafushi
ini. 

/

Tunggu apa lagi? Pergi la tempah tiket flight! 😀

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

source