6 Tempat Anda Boleh Dapatkan Pencuci Mulut Mangga Terbaik di Lembah Klang

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Mangga adalah antara buah yang popular digunakan sebagai perisa
pencuci mulut. Jika anda peminat tegar buah mangga, setiap
kedai yang menjual pencuci mulut berperisa mangga pasti menjadi
target anda kan?

Jadi, kongsi dengan rakan-rakan dan keluarga tentang 6
Tempat Anda Boleh Dapatkan Pencuci Mulut Mangga Terbaik di
Lembah Klang
ini!

 

1. Mango Aloha

Sumber:
vkeong.com

Mango Sticky Rice adalah menu wajib anda perlu cuba di sini.
Menggunakan buah dan bahan yang segar, Mango Aloha menyediakan
pelbagai pencuci mulut yang pasti dapat memuaskan
craving anda. Mangga digunakan bukan mangga tempatan
tetapi mangga berkualiti gred premium yang diimport khas dari
Thailand.

Alamat: Lot FK-12, 1st Floor, Mid Valley Megamall 58000
Kuala Lumpur

Sumber:
vkeong.com
Sumber: Instagram |
Sue Cheok
Sumber:
vkeong.com

 

2. Mango Six

Sumber: Instagram |
Mangosix

Kalau anda peminat drama Korea, sudah semestinya anda
familiar dengan Mango Six ini. Baru dibuka di Puchong,
kedai ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dikenali
kerana sememangnya peminat K-Pop ternanti-nanti akan pembukaan
kafe ini. Nak tau apa yang superb? Cubalah Mango Tango!

Alamat: 11, Jln Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100
Puchong, Selangor

Sumber: Instagram |
Eva Leow
Sumber: Instagram |
Qiqi Boon
Sumber:
twitter.com

 

3. Mango Cottage by Hui Lau Shan

Sumber: Facebook

Ini baru betul-betul khas untuk peminat mangga! Bukan setakat
pencuci mulut berperisa mangga, Mango Cottage turut ada makanan
yang dicicah dengan sos mangga seperti Potato Wedges dan
Chicken Fingers. Dengan harga yang berpatutan, Mango Feast
adalah antara menu paling disukai pelanggan.

Alamat:  No. 49, Jalan Radin Tengah, Business Zone
J6, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Sumber:
Facebook
Sumber:
Facebook
Sumber:
daphnescapades.com

 

4. Hokkaido IceCream Puff

Sumber: Malaysian
Flavours

Selalu kita lihat cream puff berintikan kastard dan krim tetapi
lain pula kali ini kerana anda boleh nikmati cream puff
bersama-sama dengan aiskrim. Hanya bermula secara kecil-kecil
di Kampar, kini Hokkaido IceCream Puff sudah menambahkan
cawangan. Anda boleh dapatkannya di Kepong, Sungai Long, Jonker
Street, Ipoh dan Batu Pahat.

Alamat: No. 19, Jalan 9/62a, Kepong 52200 Kuala
Lumpur

Sumber: Instagram |
Shaine Sook Hsien
Sumber: Instagram |
Ellyn Loke
Sumber: Instagram |
Ashley

 

5. Snowflake

Sumber: Instagram
| Winnie C

Menjual pencuci mulut pelbagai perisa dan pencuci mulut
berperisa mangga adalah antara yang menjadi pilihan pelanggan
di Snowflakes. Dari manis hingga masam, anda tidak harus
melepaskan peluang mencuba kesemua pencuci mulut berperisa
mangga di sini. Kalau suka masam, wajib rasa Mango Jade!

Alamat: 2F-33, Level 2, Paradigm Mall 60000 Petaling
Jaya, Selangor

Sumber: Instagram
| Margie Wu

Sumber: Yelp

Sumber: Instagram
| Farhan

 

6. Hanbing

Sumber: Instagram |
Hanbing

Bagi peminat makanan dan pencuci mulut Korea, Hanbing sudah
semestinya popular dalam kalangan mereka. Produk yang dijual
tidak tertumpu kepada perisa mangga semata-mata tetapi jika
anda pertama kali cuba dan peminat tegar mangga, anda perlu
rasa Mango Bingsu dari Hanbing!

Alamat: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala
Lumpur

Sumber: Instagram |
Athirah Rosli
Sumber: Instagram |
Amanda Lim
Sumber: Instagram |
Bella Rais

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source