Ajaran Sesat Sasar Pelajar UniSZA, Pengaruh Makan Daging dan Darah Untuk Jamin Masuk Syurga

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Sesuatu amalan yang terpesong daripada ajaran agama sebenar
dipanggil ajaran sesat. Tidak kiralah ajaran Islam mahupun
Kristian, banyak kita dengar berkenaan ajaran yang bertopengkan
nama agama dalam kalangan masyarakat kita. Baru-baru ini,
kecoh kisah sejenis ajaran sesat yang cuba untuk melebarkan
sayapnya ke dalam sebuah universiti tempatan.

Menurut Astro Awani,
individu akan dipujuk untuk melakukan upacara memakan
daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran
sesat tersebut.
Kumpulan ajaran sesat yang menggelar
diri mereka sebagai ‘Mother of God’ itu dikatakan memberi
jaminan bahawa penganutnya akan dimasukkan ke dalam syurga.
Eh boleh pulak macam tu! 

Sumber: Berita Harian

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi
memaklumkan bahawa kumpulan ajaran sesat yang cuba untuk
menyebarkan ajaran ‘World Mission Society Church Of God’
berkenaan telah berjaya dikesan
selepas seorang
pelajar membuat pendedahan mengenai kegiatan mereka di laman
Facebook sebelum melaporkan ia kepada Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) universiti berkenaan, lapor Berita Harian.

Sumber: Facebook

Hasil siasatan mendapati bahawa dua orang wakil Church
of God berusia 20-an telah menemui beberapa orang pelajar tahun
akhir di perpustakaan dan medan selera kampus
universiti
tersebut dan memperdaya pelajar bukan Islam
kononnya mahu menemu bual mereka bagi projek kajian tahun
akhir.

“Kita berjaya menggagalkan kegiatan jahat pihak tidak
bertanggungjawab itu. Kumpulan ini tidak menyasarkan penuntut
Islam, sebaliknya cuba mempengaruhi penuntut Kristian melalui
temu bual yang dijalankan di dalam kampus.”

Sumber: Facebook

Pun begitu, Zubaidi memberitahu bahawa ajaran sesat
tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak UniSZA dengan kerjasama
pihak pengurusan universiti, pelajar dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Difahamkan, terdapat 568 pelajar bukan Islam
di UniSZA pada ketika ini dengan jumlah pelajar India seramai
381 orang, 161 pelajar Cina dan 26 pelajar antarabangsa.

“Kita cuba pastikan ianya tidak berlarutan sehingga
menyebarkan silap faham dan juga kecelaruan dalam kalangan
anggota masyarakat yang lain.”

Sumber: Facebook

Sebagai tindakan susulan, pihak pengurusan UniSZA kini
mengambil langkah untuk mengetatkan kawalan pintu masuk ke
universiti
terutamanya membabitkan individu
mencurigakan sebagai usaha untuk menangani kes ini.

Jangan mudah terpedaya dengan individu mencurigakan yang
cuba mendekati kita. Sentiasa berhati-hati walaupun individu
tersebut kelihatan seperti tidak berbahaya. 

Baca: ‘Habib’ Mengaku
Keturunan Cucu Nabi Ditangkap Orang Ramai Kerana
Merogol

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source