Ajaran Tak Menjadi! Tangan Pelajar Lecur Teruk Selepas Guru Ilmu Kebal Suruh Basuh Dengan Asid

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Ilmu yang diamalkan dengan bantuan jin atau makhluk halus
selalunya dikaitkan dengan ilmu hitam dan sihir. Mungkin ramai
yang merasakan bahawa ilmu-ilmu sebegini sudah tidak wujud lagi
dalam dunia hari ni. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali
kerana ternyata masih terdapat segelintir manusia yang percaya
dengan ajaran mengarut seperti itu.

Ini terbukti apabila terdapat sebilangan masyarakat di
Indonesia yang mendakwa mengamalkan Debus, sejenis ilmu
hitam tradisional yang dipercayai dapat memberikan kekebalan
dengan bantuan jin kepada pengamalnya
, lapor Coconuts Jakarta.

Sumber: Coconuts Jakarta

Debus dikatakan boleh menyelamatkan pengamalnya
daripada sebarang kecederaan fizikal.
Oleh sebab itu,
masih ramai yang kononnya mengamalkan ajaran berkenaan dan
ramai juga yang mahu belajar menguasai ilmu tersebut.

Inilah yang berlaku kepada tujuh orang lelaki dari
Tangerang, Indonesia yang mahu menguasai ilmu tersebut dan cuba
untuk mempelajarinya daripada seorang guru di Kampung Rawa
Kopi.

Sumber: Radio Rugeri

Mahu melihat sejauh mana penguasaan anak-anak muridnya terhadap
ilmu itu, guru tersebut dikatakan telah mengarah mereka
membasuh tangan dengan asid!
Kononnya, ia bertujuan
untuk menguji kebolehan mereka menggunakan ilmu Debus.

Tidak menyedari bahawa ajaran ilmu kebal yang dipelajari itu
mengarut, tangan kesemua lelaki tersebut melecur teruk sebaik
sahaja mereka menjirus asid ke tangan! Yela, asid
kottttt!

Disebabkan itu, tujuh orang lelaki tersebut telah
dimasukkan ke hospital kerana melecur dan memerlukan bantuan
perubatan profesional dengan kadar segera bagi merawat luka
yang mereka alami.
Bukan sahaja tidak berjaya
menjadi seorang yang kebal, dapat kecederaan teruk pula tak
pasal-pasal.

Sumber: Nasional Republika 

“Daripada tujuh orang lelaki tersebut, dua orang
pelajar sudah dilepaskan dari hospital,”
kata Harry
Kurniawan, Ketua Polis Tangerang.

Guru yang mengajar mereka ilmu kebal itu pula dikatakan sudah
hilang dan melarikan diri daripada kampung selepas insiden
tersebut berlaku. Tau pulak takut!

Janganlah kita terikut dengan amalan-amalan mengarut yang
boleh memesongkan akidah kerana sebarang ilmu yang tidak
berlandaskan ajaran Islam boleh membawa kepada syirik.

Baca: Kubur Gadis 16 Tahun Digali
Semula Didakwa Atas Tujuan Ilmu Hitam

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source