“Aku nampak dua tangan yang menyeksa anjing tu dan sengaja merakam dengan tujuan nak viralkan!”

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Binatang seperti kucing dan anjing menjadi pilihan ramai untuk
dijadikan haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan seperti ini
selalunya sangat disayangi oleh manusia. Pun begitu, ada
segelintir manusia yang tidak berhati perut kerana sanggup
memperlakukan binatang ini dengan kejam tanpa sebab yang
munasabah.

Menurut satu perkongsian di Facebook, dua ekor
anjing telah dijumpai di kawasan Sungai Buloh dengan keadaan
yang sangat menyedihkan.
Dalam gambar yang
dikongsikan, seekor anjing dilihat seolah-olah diikat pada
sebatang kayu supaya ia tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Sumber: Facebook

Tambah menyedihkan, anjing tersebut kelihatan seperti sedang
cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan di kayu tersebut
tetapi gagal. Seekor lagi anjing pula kelihatan seperti
tersekat di bawah sebatang kayu.
Keadaan yang
menyeksakan itu membuatkan mata anjing berkenaan hingga
terbeliak. Kesiannya..

Melalui perkongsian di Facebook itu,
orang ramai yang berada di sekitar Sungai Buloh atau
berdekatan dengan kawasan itu digesa supaya segera ke tempat
kejadian
bagi menyelamatkan anjing-anjing yang
teraniaya tersebut.

Sumber: Facebook

Entri itu juga memberitahu bahawa seorang individu bernama
Yekshu Akshaya khabarnya mendapat berita ini melalui seorang
lelaki melayu yang memaklumkan bahawa terdapat dua ekor anjing
yang diikat di Seri Pistana, Sungai Buloh.

Lebih menyedihkan, ibu kepada anjing-anjing yang
teraniaya itu dikatakan telah ditembak oleh penangkap anjing
beberapa hari yang lalu dan salah seekor daripada anak anjing
telah mati kerana dilanggar.
Oleh sebab itulah hanya
tinggal dua ekor anjing ini sahaja pada ketika itu, namun
terdapat individu yang tidak berperikemanusiaan bertindak
mengikat anjing tersebut.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Yekshu mengatakan bahawa dia telah menghubungi pihak
berkuasa untuk datang mengambil anjing-anjing tersebut

namun masih meminta jasa baik orang awam yang berada berdekatan
untuk menyelamatkan anjing itu terlebih dahulu.

Menurut komen seorang netizen, dia mendakwa melihat
orang yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap anjing itu
dan merakamnya bagi tujuan menularkan video tersebut.

Rata-rata netizen yang menulis di ruangan komen mendoakan
supaya anjing-anjing tersebut segera diselamatkan dan
mahu orang yang melakukan perbuatan tersebut menerima
balasan yang sewajarnya. 

Aku nampak dua tangan yang menyeksa puppy tu
dan ada yang sengaja merakam dengan tujuan untuk
viral kan.”

Beberapa jam selepas perkongsian dimuat naik oleh Yekshu,
Persatuan Kebajikan Haiwan
Malaysia (MAWA)
memaklumkan bahawa mereka telah menghantar
beberapa orang individu untuk menyelamatkan anjing-anjing
tersebut. Setibanya mereka di tempat kejadian,
anjing-anjing tersebut rupanya sudahpun diambil oleh Majlis
Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Mengetahui hal berkenaan, pihak MAWA segera menghubungi
individu terbabit dan mengambil anjing tersebut daripada tempat
kurungan binatang MPKS kerana khuatir mereka akan dijangkiti
jangkitan berbahaya seperti Parvo dan Distemper jika berada
lebih lama di sana.

Menurut MAWA, anjing-anjing tersebut ditangkap oleh penduduk
setempat dan diikat pada pokok berkenaan sementara menunggu
pihak berkuasa datang. Berdasarkan perkongsian terbaru MAWA di
laman Facebook,
anjing-anjing tersebut kini telah selamat dan akan
ditempatkan di tempat yang lebih elok. 

Sumber: Facebook

Mujurlah dah diselamatkan. Sedih tengok anjing teraniaya
macam tu. Anjing pun makhluk Tuhan juga, kenapa perlu seksa
mereka?!

Baca: Pelajar Perubatan Bunuh Anjing
Peliharaan Semata-mata Untuk Duit Pampasan

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source