Anda Pasti Mahu Suami Beri Kejutan Seperti Lelaki Ini Lakukan Kepada Isterinya

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Sebagai seorang suami, apa yang paling diharapkan dari seorang
isteri sudah semestinya perhatian dan kasih sayang selain turut
mahu rasa dihargai.

Baru-baru ni, seorang netizen bernama Jess kongsi kisah di
media sosial tentang kebaikan serta layanan baik yang diberikan
suami kepadanya.

Sumber: Jess Tyk

Status itu dimuat naik berserta gambar yang menunjukkan Jess
memegang dompet berwarna biru pekat ketika duduk di dalam
kereta.

Apa yang menarik perhatian ramai bukanlah kad-kad atau dompet
itu tetapi, sejumlah wang kertas bernilai RM50 yang berada di
dalam dompet itu. Berkepuk-kepuk~

Mestilah untuk buat belanja makan dan shopping pakaian
berjenama kan!

Namun sebenarnya, wang tunai tersebut bukanlah miliknya tetapi
suaminya memberi kejutan dengan meletakkan kesemua wang
tunai itu ke dalam dompet tanpa pengetahuan
Jess.
Awwww..

aww aw kerry washington african american awww

Menurut Jess, suaminya jarang melakukan perkara sebegitu dan ia
adalah sesuatu yang luar biasa dan sangat mengejutkannya.
Sekali sekala kena lah hargai isteri macam tu kan…

“Pagi ini, saya perasan ada sesuatu yang luar biasa dengan
dompet saya. Apabila dibuka, saya nampak sejumlah wang tunai
yang sangat banyak ada di dalam dompet itu. Suami mengaku dia
lah yang meletakkan wang tersebut ke dalam dompet.”

Sumber: Jess Tyk

Apabila ditanya mengapa berbuat sedemikian, suaminya menjawab,

“Saya jarang belikan hadiah untuk awak, jadi saya
beri awak wang tunai ini sebagai belanja.”

Bagi seseorang yang jarang mempunyai wang tunai sebanyak itu di
dalam dompet, Jess kemudian menyatakan kebimbangannya tentang
hal itu,

“Suami saya sangat penyayang, boleh sahaja dia berikan saya
kad dan bukannya wang tunai. Wang tunai sebanyak ini
membuatkan dompet saya sangat berat, macam mana saya nak bawa
ke mana-mana?”

Betul jugak tu! Takpe lah sekali sekala nak sweet dengan
isteri kannnn.

Sumber: Jess Tyk

Meskipun wang bukanlah segala-galanya namun apa yang mahu
dikongsikan Jess adalah bagaimana suami menghargainya dan
memberi layanan yang istimewa. Takkan isteri dah buat
macam-macam tak dihargai kan!

Seperti biasa, pendapat netizen pastinya bercanggah antara satu
sama lain. Ada yang kongsi dengan teman lelaki atau suami
masing-masing, ada juga yang kritik tindakan suaminya berbuat
sedemikian. Eh, biarlah duit dia kan!

Apa-apa pun, sebagai seorang suami jangan lah anggap isteri itu
hamba abdi. Sekali sekala hargai mereka dan manjakan mereka.
Tidak semestinya dengan wang ringgit sebanyak ini, namun cukup
sekadar ikut kemampuan masing-masing. Asalkan, isteri rasa
dihargai dan disayangi. Tak gituuu?

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source