Anjing Ini Setia Menanti, Akhirnya Mati Kemurungan Kerana Ditinggalkan Tuannya

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Anjing merupakan binatang yang sentiasa menjadi pilihan
ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Walaupun ada masanya
anjing nampak seperti garang, tetapi mereka hanya berkelakuan
begitu apabila mereka berasa terancam.

Terdapat pelbagai baka anjing yang terkenal dengan sifat
kesetiaan mereka, antaranya adalah anjing Hachiko yang berasal
dari Jepun. Baru-baru ini, Malaysian Digest telah
melaporkan tentang seekor anjing baka Hachiko yang mati
kerana patah hati setelah ditinggalkan tuannya.

 

Sumber: Malaysian Digest

Anjing yang diberi nama Nube Viajera, telah
ditinggalkan selama sebulan lebih oleh tuannya di Lapangan
Terbang Bucaramanga, Columbia
. Anjing itu bagaimanapun
dikatakan tidak pernah berputus asa menanti kepulangan tuannya.

Dari masa ke masa, orang tempatan di situ akan memberinya
makanan, namun, anjing itu terlalu sedih untuk makan sehingga
menyebabkannya jatuh sakit.

Sumber: Malaysian Digest

Menurut seorang doktor haiwan dari Yayasan Perlindungan Haiwan
Colombia, Alejandro Sotomonte Nino, kemungkinan besar anjing
tersebut telah ditinggalkan oleh pengembara yang datang ke
situ.

Pada bulan yang pertama, anjing itu berjalan
sekeliling kawasan lapangan terbang mencari seseorang.
Kemungkinan dia mencari tuannya.”

Keadaan ini menyebabkan anjing itu hilang selera makan kerana
kemurungan yang membuatkan kesihatannya merosot dan akhirnya
mati. Melalui bedah siasat ke atas anjing
tersebut, doktor haiwan mencapai konklusi bahawa Nube Viajera
telah mati kerana kemurungan
. Kesiannya!

Sumber: Malaysian Digest

Jadikan cerita ini sebagai iktibar, Kalau rasa tak mampu
nak jaga, jangan mengambil atau membela apa-apa binatang untuk
dijadikan haiwan peliharaan.

Baca: Wanita Bantu Anjing Kelaparan
Sehingga Makan Najis Sendiri Kerana Ditinggalkan Pemilik Yang
Berpindah

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source