“Ayah boleh menjadi suami yang baik.” – Rani Kulup Luah Hasrat Mahu Memperisterikan Dato’ Vida

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menerima puluhan
resume
melalui emel dari jejaka yang menyampaikan hasrat
untuk memperisterikannya.

Lebih mengejutkannya, resume yang diterima bukan sahaja dari
jejaka Malaysia, tetapi juga luar negara seperti Finland dan
Scotland.

Tetapi hari ini, seorang lagi lelaki telah menyatakan
hasratnya untuk mengahwini usahawan itu secara
terbuka.
Jejaka yang dimaksudkan itu, tidak lain dan
tidak bukan ‘ayah’ kesayangan ramai, Abdul Rani
Kulup.

Sumber: Suara TV

Menurut Malaysiakini,
presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu
berkata bahawa dia mampu menjadi suami yang baik dan
berharap agar Dato’ Vida dapat menerimanya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik.”

Abdul Rani yang juga suami kepada dua wanita ketika ditanya
tentang penerimaan kedua-dua isterinya mengenai hasrat tersebut
berkata, “Isteri-isteri ayah
‘steady‘”.

Bukan itu sahaja, Abdul Rani juga turut menyatakan
keinginannnya untuk berduet dengan penyanyi I Am Me

itu suatu hari nanti tetapi menyerahkan kepada Dato’ Vida untuk
memilih lagu.

Sumber: Marketing

Terdahulu, Abdul Rani menerusi satu perkongsian di Facebook
telah menyatakan kesudiannya untuk menjadikan Siti
Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim,

sebagai isterinya.

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni…tak
ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri,
kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah
kan.”

Sumber: Malay Mail

Mentang-mentanglah ada lagi dua kuota, kemain ayah ye!

Baca: Dato’ Vida Terima Resume Jejaka
Scotland dan Finland Berhasrat
Memperisterikannya

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source