Banduan Luangkan Masa 14 Tahun Dalam Penjara Untuk Belajar, Kini Miliki Ijazah Sarjana!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Apa yang telah berlaku memang tidak dapat diundur lagi. Di saat
orang lain sibuk membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan
penting SPM, seorang remaja lelaki telah salah memilih jalan
hidupnya suatu ketika dahulu dan menerima akibat terhadap
perbuatannya yang lalu.

Menurut The Malay Mail, seorang
lelaki dikenali sebagai Jim (bukan nama sebenar) telah
dipenjarakan kerana kesilapan masa silamnya yang tidak dapat
dimaafkan.
Hidup dalam penjara dengan masa depan yang
belum tentu, banduan tersebut cuba untuk menebus kesalahan
silam dengan melakukan sesuatu yang lebih berfaedah.

Sumber: Kanal Satu

Orang lain mungkin sudah tidak fikir lagi pasal kehidupan luar
setelah dipenjarakan, namun berbeza pula dengan Jim yang
nekad untuk tidak menjadikan status dirinya sebagai
penghalang dalam meneruskan pengajian.

Menurut Jim, dia mahu mendapatkan kelayakan akademik yang lebih
tinggi supaya dia boleh berhubung semula dengan masyarakat
sekiranya dia dibebaskan sesuatu hari kelak.

Sudah meringkuk dalam penjara selama 14 tahun, Jim
ditempatkan di belakang palang besi kerana telah disabitkan
kesalahan membunuh pada usia 17 tahun.
Walaupun tidak
tahu bila dia akan dibebaskan, Jim bertekad untuk menyambung
pembelajarannya.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Hasil titik peluh dan usaha keras yang tidak disia-siakan,
Jim yang kini berusia 31 tahun telah berjaya
mendapatkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari
Open University Malaysia (OUM) dengan CGPA 3.26!
Jim
juga dilaporkan telah menghadiri majlis konvokesyen pada hari
Ahad yang lalu. Tahniah!

“Apa yang penting saya tak malu dengan diri saya. Saya
terima pandangan masyarakat terhadap diri saya,”
kata
bekas pembunuh ini.

“Satu perkara saya belajar selama 14 tahun dalam
penjara, saya belajar kawal emosi. Jadi saya takkan biarkan
pandangan orang ramai menjatuhkan semangat saya.”

Sumber: The Malay Mail

Apa yang lebih mengagumkan, Jim nampaknya tiada
rancangan untuk berhenti belajar kerana sudah berniat untuk
menyambung pengajian ke peringkat PhD pula!
Jim
bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan
sokongan dan membantu membiayai kos pembelajarannya selama dia
di penjara.

Semoga semangat dan keazaman Jim yang tidak mahu dibayangi
kesilapan lalu menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita
semua!

Baca: Pelajar Universiti Pernah
Dipanggil ‘Bodoh’, Kini Miliki Tiga Ijazah Dalam Tempoh Lima
Tahun

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source