Bapa Jumpa Semula Anak Diculik 9 Bulan Lalu, Terserempak Dengan Penculik Di Pusat Beli Belah

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Kes penculikan kanak-kanak banyak kita dengar berlaku di dalam
mahupun luar negara. Namun, begitu jarang sekali kita dengar
tentang kanak-kanak yang diculik tapi dijumpai semula,
lebih-lebih lagi jika anak tersebut sudah terpisah daripada
kedua ibu bapa bertahun lamanya!

Menurut Nextshark, seorang
lelaki di China telah menjumpai semula anak lelakinya yang
hilang 9 bulan lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Chen
Zhouhong dilaporkan berjumpa semula dengan anaknya Cheng Jiafu
yang berusia enam tahun sewaktu terserempak dengan
kanak-kanak itu di sebuah pusat membeli-belah.

Sumber: NextsharkSumber: Daily Mail UK

Chen secara tidak sengaja terjumpa anaknya yang
ditemani tiga orang lelaki dipercayai suspek pemerdagangan
manusia di Qingxin Town Plaza
pada 21 Februari yang
lalu. Tanpa membuang masa, Chen segera menarik kanak-kanak
tersebut ke arahnya dan memanggil pihak berkuasa untuk
menangkap tiga lelaki terbabit.

Sumber: Weixin

Jiafu dilaporkan telah diculik di rumah mereka yang
bertempat di Kampung Matang, Qingyuan, Guangdong
pada
27 Mei 2016 ketika dia ditinggalkan dengan kakaknya sewaktu
Chen keluar bekerja. Kakak Jiafu kemudiannya memberitahu jiran
yang berkunjung bahawa adik lelakinya telah diculik oleh
individu tidak dikenali.

Sumber: Nextshark

Tiga suspek lelaki dikenali sebagai Ou, Chen dan Li berjaya
ditangkap oleh pegawai polis bertugas. Ketika perbicaraan
mahkamah yang berlangsung pada 10 November lalu, Ou
dilaporkan mahu menjual Jiafu kepada keluarga lain.

Ou disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman penjara
enam tahun dan denda 10,000 Yuan (bersamaan RM6,255)
,
manakala Li dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan Chen
hukuman penjara dua tahun atas kesalahan menculik.

Sumber: Weixin

Seeloknya janganlah kita tinggal anak-anak bersendirian di
rumah. Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku.

Baca: Budak Perempuan Berusia 4 Tahun
Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke
Tandas

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source