“Bestnyaaaaa lagu niii” – Netizen Cair Dengar Lagu Aizat Cipta Khas Buat #Fattzura

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Walaupun peminat masih terkejut bercampur gembira dengan berita
pengumuman pertunangan mereka seminggu lalu, pasangan pelakon
sensasi Fattah Amin dan Fazura tidak mengambil masa yang lama
untuk mengikat tali pernikahan. Umum telah sedia maklum bahawa
pasangan pelakon popular tanah air ini telah selamat
melangsungkan pernikahan mereka malam tadi.

Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin telah sah
menjadi suami isteri dalam pernikahan di majlis tertutup yang
diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar
jam  9:50 malam tadi.
Mengenakan baju kurung
moden sentuhan pereka kegemarannya, Fazura telah sah menjadi
isteri Fattah dengan sekali lafaz sahaja.

Sumber: Instagram

Mendengar sahaja berita gembira pernikahan eksklusif pasangan
pelakon Hero Seorang Cinderella ini, netizen tidak putus-putus
memberikan ucapan tahniah dan meluahkan kegembiraan mereka.
Tidak ketinggalan, rakan artis juga turut sama mengucapkan
tahniah dan mendoakan yang baik-baik kepada pasangan ini.

Aizat Amdan, penyanyi popular tanah air dan komposer lagu
Wanita Terakhir dendangan Fattah juga tidak ketinggalan
untuk meraikan berita gembira
tersebut. Menurut
Media Hiburan, Aizat
telah mencipta sebuah lagu khas untuk pasangan mempelai
itu.

Sumber: Instagram

Sebelum memperdengarkan lagu baru ciptaannya berjudul “Sampai
ke hari tua” itu secara live kepada pengikut-pengikut
di laman Instagram, Aizat menyatakan
bahawa dia turut tumpang gembira atas pernikahan sahabatnya
itu.

“Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari yang
paling gembira untuk semua orang. Terutamanya kejutan malam ini
yang kita dengar. Akhirnya sahabat saya, Fattah Amin telah
menamatkan zaman bujangnya dengan Fazura.”

“Jadi ini ada satu lagu untuk kedua mempelai dan ini
merupakan lagu baru berjudul Sampai Ke Hari Tua,”
kata
Aizat sebelum mengakhiri kata-katanya dan mula memetik gitar.

Sumber: InstagramSumber: Instagram

Lagu yang dicipta sendiri dan dinyanyikan oleh Aizat itu
mendapat pujian ramai netizen malah ada yang akui sampai nak
menangis mendengarnya! Sweet betul ni! Netizen
juga meminta supaya Aizat menyanyikan lagu tersebut di majlis
resepsi Fattah dan Fazura yang mungkin bakal diadakan tahun
hadapan.

Cubalah korang dengar sendiri lagu ciptaan Aizat khas untuk
#Fattzura ni, jangan sampai menangis pulak!

Sumber: Youtube

Baca: Kecoh di Media Sosial, Fattah
dan Fazura Sudah Bernikah?

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source