Bukan Kain Atau Tuala Tetapi Ini Adalah Kek Swiss Roll Corak Batik!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Pelbagai jenis tema kek menjadi trend sekarang. Kek
rainbow, unicorn, galaxy dan
bermacam-macam lagi menjadi pilihan ramai netizen untuk
meraikan sesuatu bersama orang tersayang.

Gambar
hiasan

Namun, kek ini adalah sesuatu yang berlainan dan jarang kita
lihat! Sekali imbas, anda mungkin sangka ini adalah sejenis
kain untuk dibuat perhiasan atau tuala yang bercorakkan batik.
Tetapi, jangan terkejut kalau kami beritahu anda bahawa apa
yang anda lihat ini adalah sesuatu yang boleh dimakan!

Batikrolls by Nura merupakan
perniagaan bakeri atas talian di Singapura menjual kek
swiss roll buttercream buatan sendiri. Apa yang
membuatkannya berbeza daripada kek swiss roll yang
lain adalah, kek ini bermotifkan kain batik!

Cantiknya, rasa sayang nak makan.

Sumber: InstagramSumber: Instagram

Swiss roll buatan sendiri ini bermula dengan
harga S$26 (RM81)
dan bersaiz sepanjang 22 sentimeter
(9 inci). Namun, tempahan minimum haruslah dua swiss
roll
dari corak yang sama.

Anda boleh pilih fillings yang terdiri daripada
nutella buttercream, vanilla buttercream,
blueberry buttercream atau yang paling terbaru, 80
gram nutella.

Sumber: Instagram

Buat masa sekarang, Batikrolls mempunyai enam jenis
corak yang berbeza
dan Batik Mawar merupakan corak
yang paling laku di antara semua.

Sumber: InstagramSumber: InstagramSumber: Instagram

Hasil kerja dilakukan sangat kemas dan terperinci sehingga
ramai orang menyangka ianya merupakan kain batik yang dibuat
perhiasan!  Bukan itu sahaja, kek-kek ini dibungkus di
dalam kotak yang cantik membuatkan anda sangka ianya
benar-benar tuala atau kain batik! Cantik sangat!

Sumber: InstagramSumber: Instagram

Jangan risau, meskipun bertapak di Singapura, Batikrolls turut
membuat penghantaran ke Malaysia namun di beberapa negeri
sahaja iaitu:

Sumber: Batikrolls

Memandangkan kek ini sesuatu yang unik dan tidak banyak dijual
oleh mana-mana bakeri lain, swiss roll dari Batikrolls
ini sering habis dijual dari masa ke semasa. Jadi, jika anda
teringin rasai keenakannya, pastikan tempahan dibuat
lebih awal (Hari Raya tahun lepas tempahan penuh
tau!).

Jika anda tertanya-tanya bagaimana rupa kek ini selepas
dipotong dan bagaimana penghasilannya, ini kami kongsikan.

Sumber: InstagramSumber: InstagramSumber: Instagram

Tonton video penghasilan kek ini:

Sumber: Instagram

Teringin nak rasa? Buat tempahan segera sebelum kek-kek cantik
ini habis dijual. Tempahan boleh dibuat melalui laman web
mereka di sini.

Memang cantik sangaaat kek niiii. Rasa sayang nak
makan! 😂

Baca: 7 Jenama Kek Lokal di Instagram
Penggemar Kek Perlu Cuba!

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source