Cinta Berputik Di Usia Emas, Pasangan Veteran Ini Berkahwin Selepas Tiga Bulan Berkenalan

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Meskipun baru bertemu pada bulan Mac lepas, dua warga emas ini
telah jatuh cinta selepas beberapa kali menemani satu sama lain
ke hospital.

Mariah Abdul Hamid, 70 dan Ismail Sapuan, 62 kini sah menjadi
suami dan isteri. Kedua-duanya telah disatukan dalam satu
majlis akad nikah di Masjid Al-Ansar di hadapan ahli keluarga,
sahabat dan juga staf dan ahli sukarelawan dari Pusat Aktiviti
Warga Tua Sunlove-Kampung Chai Chee di Chai Chee Avenue,
Singapura semalam.

Sumber: Youtube

Menurut The Straits Times, pasangan
ini memilih untuk berkahwin supaya mereka dapat saling
membantu satu sama lain untuk melalui usia senja
.
Mereka juga mengakui cinta mula berputik semenjak sering
bertemujanji di kedai makan dekat Geylang dan Kampung Changi.

Mariah yang juga bekas staf poliklinik telah menjanda selama 29
tahun bercerita,

Bila dia mengajak saya untuk berkahwin, saya
terkejut. Saya tak sangka akan berkahwin lagi pada usia
begini. Saya memang teruja dan gembira. Dia seorang yang
ramah, suka ketawa… belum pernah lagi saya bertemu dengan
lelaki macam tu.”

Manakala Ismail, bekas pemandu ambulans pula mengatakan,

Kami berdua ada penyakit diabetes dan tekanan darah
tinggi. Kami boleh menjaga antara satu sama lain bila kami
sakit nanti.” 

Majlis perkahwinan pasangan veteran ini telah dijayakan oleh
pengurus sukarelawan dan pusat aktiviti, Noraidah Haji Akib.
Pusat itu juga telah menaja belanja majlis sebanyak
$1,000 bersamaan RM3,087 termasuk makanan yang
disediakan
.

Menurut Noraidah, dia dan ahli sukarelawan yang amat
menggalakkan mana-mana pasangan veteran untuk berkahwin
supaya mereka dapat menjaga diri satu sama lain
. Malah
mereka amat teruja apabila mendengar mengenai majlis tersebut
dan bertungkus lumus membantu dari segi solekan, kek
perkahwinan dan dekorasi.

Sumber: Youtube

Sama ada Mariah mahupun Ismail, perkahwinan kali ini bukanlah
perkahwinan yang pertama. Ia merupakan perkahwinan
ketiga Mariah
yang sudah mempunyai tiga orang anak.
Manakala ia pula perkahwinan keenam Ismail
yang mempunyai seorang anak perempuan.

Pernikahan Mariah juga mendapat restu anak-anaknya. Rosmawati
Jamalik lega apabila ibunya menemui pasangan hidup.

Mereka nampak comel bersama. Sekarang mereka boleh
bergantung dengan satu sama lain. Ibu nampak lebih gembira
setelah sekian lama dia berseorangan selepas ayah meninggal
dunia disebabkan kanser.” 

Sumber: Youtube

Pasangan veteran ini juga bercadang untuk berbulan madu di
Langkawi ataupun Melaka.

Trend berkahwin pada usia tua dilihat semakin diikuti pada
tahun 2015 apabila terdapat peningkatan dari 99 orang perempuan
dan 442 orang lelaki berusia 60 tahun ke atas bernikah,
berbanding 68 orang perempuan dan 374 orang lelaki pada tahun
2014.

Cinta tak mengenal usia dan paras rupa. Siapa tahu rahsia
Tuhan, kan? 

Tonton video di bawah:

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source