“Dah tua pun bodoh” – Sheila Majid Dikecam Netizen Selepas Muat Naik Pendapat di Twitter

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Laman Twitter merupakan satu platform untuk berkongsi pelbagai
informasi dan berita yang berlaku di sekeliling kita. Ramai
yang menggunakan Twitter untuk tujuan menyuarakan pendapat
tentang isu-isu semasa termasuklah ahli politik dan golongan
artis.

Golongan artis kebiasaannya menggunakan laman sosial atas
tujuan berkomunikasi dengan peminat. Selain dijadikan platform
mendekati peminat, laman sosial juga dijadikan tempat untuk
mereka berkongsi pandangan terhadap sesuatu topik.

Sumber: The Malay Mail

Menurut Malaysian Digest, penyanyi
popular tanah air Sheila Majid baru-baru ini memuat naik status
di laman Twitter menyatakan
pendapatnya tentang apa yang berlaku di dalam negara kita.
Sheila dalam statusnya mengatakan bahawa rakyat
Malaysia kini sudah letih dengan keadaan negara yang dibebani
hutang, makanan yang mahal, dan peluang pekerjaan yang
terhad. 

Dalam status berkenaan, Sheila memberitahu supaya berhenti
memberikan alasan dan mencari kesalahan tetapi sebaliknya
cubalah fokus untuk mengembalikan negara ke landasan yang
betul. Tidak menujukan statusnya itu kepada sesiapa, status itu
tular serta merta dan Sheila malah turut menerima kecaman
daripada keyboard warriors.

Sumber: Twitter

Sejurus memuat naik status tersebut, netizen bertindak
membalas entri berkenaan dengan pelbagai fakta dan kata-kata
berbaur penghinaan
menyatakan rasa tidak puas
hati
 mereka kepada pendapat yang diberikan Sheila
itu. Rata-rata netizen merasakan bahawa Sheila merungut bahawa
kehidupannya kini susah dek nilai mata wang negara yang lemah.

Memang tidak sedap didengar, netizen mengatakan bahawa Sheila
buta dalam menilai keadaan negara dan cuba untuk menyalahkan
keadaan sekeliling. Netizen juga menuduh Sheila
acah-acah prihatin dengan keadaan negara kerana harga tiket
untuk menghadiri konsertnya bukan murah. 

Sumber: TwitterSumber: TwitterSumber: Instagram

Dek kerana harga tiket konsertnya yang mahal itu habis dijual,
netizen merasakan bahawa Sheila sama sekali tidak layak
untuk merungut dengan kesusahan hidup.
Berdasarkan
gaya hidup yang ditonjolkan di laman Instagram miliknya,
kehidupan Sheila juga tidak nampak macam hidup susah.

Tidak cukup dengan itu, netizen mengatakan bahawa
negara tak perlukan diva tiada otak sepertinya dan berpesan
supaya Sheila tidak jadi seperti Fathia
hanya kerana
obses dengan Tun Mahathir. Eh tak pasal-pasal Tun Mahathir
pulak yang kena. 

Sumber: TwitterSumber: Twitter

Netizen ni laju je kalau bab memburuk-burukkan orang
ye.
Walaupun hampir kesemua komen-komen yang diterima
berunsur negatif, ada juga yang bersetuju dengan
pendapat Sheila dan menyokong kenyataannya
dalam
status tersebut kerana merasakan bahawa apa yang diperkatakan
tidak salah kerana dia tidak menuding jari kepada sesiapa.

Yang duk kecam dan marah marah tu golongan ‘penjilat’ ke?
Tanya je.. Huhuhuhu

Baca: “Kau la antara sebab orang dok
label artis takde otak!” – Fathia Dikecam Kerana Kritik
Najib

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source