Gempar! Budak 12 Tahun Beranak Hasil Hubungan Seks Dengan Kekasih Berusia 15 Tahun

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Kanak-kanak bawah umur sepatutnya menikmati hidup mereka dengan
bermain bersama rakan-rakan dan bermanja dengan ibu bapa.
Namun, zaman telah berubah. Kanak-kanak sekarang lebih
cenderung untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan
tidak bermoral.

Terbaru, Utusan Borneo
melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah
melahirkan seorang anak hasil daripada hubungan seks dengan
kekasihnya yang berusia 15 tahun. 

Menurut Berita Harian,gadis itu
telah melahirkan seorang bayi lelaki cukup sifat di dalam
tandas rumahnya di Jalan Burung Punai, Kampung Bahagia, Jaya,
Teku di Sibu pada jam 10 pagi, semalam.

Sumber: Berita Harian

Walau bagaimanapun, gadis itu yang takut dimarahi keluarga
kemudian cuba untuk menyembunyikan bayi tersebut setelah
melahirkannya. Bayi tersebut telah dibalut dengan tuala
dan ‘disimpan’ dalam almari yang terletak di ruang stor, bawah
rumah kayu kediamannya.

Timbalan Ketua polis Daerah Sibu Superintenden, Martin Khoo
berkata bayi tersebut diletakkan di situ kerana gadis tersebut
tidak mahu hal berkenaan diketahui oleh orang lain.

Buntu dan bimbang perkara itu akan diketahui orang
lain termasuk ahli keluarganya, suspek telah menyembunyikan
bayi tersebut di dalam almari, ruang stor, bawah rumah kayu
kediamannya serta membiarkan bayi tersebut di situ tanpa
berbuat apa-apa.”

Bayi itu dijumpai selepas cucu perempuan pemilik rumah tersebut
yang berusia 17 tahun, terdengar bunyi tangisannya pada jam
4.30 petang pada hari yang sama. Terkejut, dia terus memanggil
ahli keluarganya serta jiran berdekatan bagi mendapatkan
bantuan.

Sumber: Utusan Borneo

Gadis yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu
mengaku telah melahirkan dan meletakkan bayi tersebut
di dalam almari. Kehamilan gadis yang tidak bersekolah ini
langsung tidak disedari sesiapa termasuklah ibu bapa angkatnya
walaupun tinggal di dalam rumah yang sama.

Gadis yang tidak didedahkan nama ini turut mengaku
telah menjalinkan hubungan seks dengan teman lelakinya pada
penghujung tahun 2016
. Teman lelakinya yang merupakan
pelajar tingkatan tiga telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis telah mengesahkan bahawa gadis berkenaan dan anaknya
telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan dan rawatan
lanjut.

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang. Baru 12 dan 15
tahun dah terjebak dengan hubungan seks sampai beranak pulak
tu. Malu keluarga….

Baca: Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu
Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli
Belah

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source