“I tak nak masak, kemas rumah” – Wanita Sanggup Bayar Lelaki Untuk Kahwin Kontrak Dikecam Netizen

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang
isteri selepas mendirikan rumah tangga. Mungkin disebabkan
faktor usia terlalu muda atau masih belum puas enjoy,
segelintir wanita cuba mencari alasan untuk mengabaikan
tanggungjawab mereka kepada suami.

Masalah seperti inilah membawa kepada isu yang tular baru-baru
ini. Menerusi perkongsian di Facebook, seorang
wanita telah memuat naik tawaran mencari lelaki untuk kahwin
kontrak.

Menerusi tawaran tersebut, wanita yang juga janda ini khabarnya
sanggup membayar wang hantaran asalkan lelaki
tersebut ingin mengahwininya.

Sumber: Facebook

Laa macam ni pun ada ke??

Susulan entri tersebut, wanita berkenaan telah menerima kecaman
teruk daripada netizen. Ada di antaranya mendakwa
barangkali wanita tersebut sudah pun hamil dan sedang
mencari ‘pak sanggup’ bagi bayi yang sedang
dikandungnya
. Malah ada pula yang mengecam perkara ini
salah di sisi agama yang tidak menganjurkan kahwin muta’ah.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Tertekan dengan komen-komen yang diterima, janda berusia 22
tahun itu akhirnya membuat rakaman Facebook live
demi menjelaskan sebab entri tersebut dimuat naik. Dia juga
dalam masa yang sama telah memadam status tular tersebut
daripada Facebook.

“Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat.
Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon
idaman saya. 

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak
gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan
masak kerana tidak mahu dikongkong.

“Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami
saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak
kisah,”
jelasnya.

Menurut Harian Metro, janda yang
menetap di Sungai Petani, Kedah ini juga mengaku ramai yang
menghantar mesej peribadi kepadanya untuk menyatakan hajat
menjadikannya isteri.

Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya
yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok,”

katanya lagi.

Sumber: Facebook

Menerusi rakaman Facebook live yang
kedua, janda tersebut juga meminta orang ramai untuk berhenti
daripada sebarkan status yang dimuat naiknya dahulu.

Sementara itu, kaunselor keluarga Hushim Salleh menegaskan
bahawa perkahwinan kontrak adalah perkahwinan yang
jelas ditegah dalam Islam. 
Perkahwinan dengan
perjanjian atau Nikah Muta’ah menurut Hushim adalah ajaran
Syiah yang perlu dielakkan.

“Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya
supaya tidak ditinggalkan kelak. Bagaimanapun, individu itu
seperti memperdagangkan hubungan suami isteri,”

katanya.

Trend perkahwinan seperti ini katanya lagi boleh mendatangkan
keburukan di masa akan datang apabila wujudnya insiden ungkit
mengungkit dan persoalan mengenai maruah seorang isteri yang
telah diiklankan di media sosial.

Wanita janganlah jadi terlalu murah. Mahalkan maruah anda!
Sebelum buat apa-apa keputusan, tolonglah fikir dalam-dalam dan
jangan memalukan diri sendiri. Haish! 

Baca: Wanita Penipu Nikahi 8 Lelaki,
Larikan Wang Hantaran Selepas Konon Mengaku Diri
Hamil
 

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source