Ibu Dedah Rahsia Bagaimana Orang Dulu-dulu Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Lately, pelbagai kisah rumah tangga di
share di media sosial. Especially cerita yang
tidak enak didengar. Contohnya, cerita tentang pasangan
curang, suami nikah lain secara senyap, isteri dalam pantang
dimadukan dan macam-macam lagi (sure korang baca,
it’s all over Facebook).

Perasan tak, kebanyakan kes sebegitu berlaku pada pasangan muda
(takde lah muda sangat. Ada yang umur 30 ke atas) ? Jarang kita
dengar kisah buruk rumah tangga dari pasangan yang usia
perkahwinan mereka sudah pun mencecah 20-30 tahun
(mostly pasangan yang sudah jadi atuk/nenek).

Apa beza perkahwinan dulu-dulu dan sekarang? Apa beza kasih
sayang antara suami isteri dari pasangan dulu dan pasangan
sekarang? Kami kongsikan video dari Sujimy
Mohamad
 interview ibu beliau mengenai isu
ini.

“Perkahwinan orang dulu-dulu boleh bertahan lama
walaupun tidak bercinta. Ibu saya mendedahkan rahsia orang
dulu-dulu membahagiakan rumahtangga”

Menurut ibu beliau, meskipun perkahwinan dulu-dulu tiada
percintaan atau berkasih-kasihan, tetapi perkahwinan itu boleh
sampai hingga ke akhir hayat. Mengapa?

Ini antara sebab yang dikongsikan:

1. Orang dulu-dulu bila habis nikah/majlis, pasangan
akan dibawa berjumpa dengan saudara mara kedua belah pihak
untuk suai kenal dan beramah mesra

  • Tidak seperti pasangan sekarang yang mengikut trend lebih
    memikirkan untuk pergi berbulan madu
  • Which explains, kadang kala berlaku selisih faham
    dan sebagainya kerana tidak betul betul mengenali keluarga
    dan saudara mara pasangan. Hanya sekadar kenal ‘gitu-gitu’
    je. Kadang-kadang tak ingat pun nama saudara atau hanya ingat
    rupa tanpa tahu nama. Ada juga kes tidak kenal langsung!
    (Parah tu!)

Image result for who are you gifs

 

2. Pasangan muda yang belum dinikahkan sudah bercuti
bersama-sama atau mengambil gambar (pre wedding). Ibu beliau
berkata, itu
sememangnya tidak
dibolehkan
.

  • Secara logiknya, ia mungkin akan menimbulkan fitnah atau
    tanggapan buruk orang lain terutamanya keluarga dan rakan-rakan
  • Mengikut agama pula, ia adalah sesuatu yang mendekati
    maksiat dan kemungkaran

Image result for you can't do that meme

 

Mengikut pengalamannya, suami haruslah:

  • Mendahulukan isteri
  • Hargai pengorbanan dan kepayahan seorang isteri
    melahirkan seorang anak
  • Membantu isteri dalam kerja-kerja di rumah termasuk
    hal anak-anak
  • Bersama-sama (membantu) isteri ketika membesarkan
    anak

Beliau juga menggalakkan supaya ibu bapa sering menasihati anak
mereka TETAPI jangan lah sampai
mencampuri urusan rumah tangga anak-anak
kerana
mungkin boleh memburukkan keadaan (pergaduhan suami isteri).

Image result for suami hargai istri

Di akhir perbualan mereka, ibu Sujimy sempat memberi
pesanan/tips penting dalam membentuk keluarga bahagia.
Menurutnya, elemen terpenting untuk keamanan dalam
sesebuah keluarga
itu haruslah ada :-

  • Sakinah (ketenteraman)
  • Mawaddah (kasih sayang)
  • Warahmah (rahmat Allah)

Bila diuji dengan perselisihan faham atau pergaduhan,
jangan lah cerita keburukan suami/isteri pada orang
lain
terutamanya orang yang tidak boleh memberi
nasihat (lebih memburukkan keadaan). Apa pun, yang penting
sentiasa ingat pada Allah SWT. InsyaAllah rumah tangga
diberkati 🙂

Image result for gambar kartun keluarga bahagia islam

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

source