Jurugambar Tempelak Sikap Berlagak Tetamu Majlis Perkahwinan, Miliki iPhone 8 Namun Tiada Adab

by

inspirasiwanita.net

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Mana-mana majlis perkahwinan di zaman sekarang pastinya akan
menggunakan khidmat jurugambar supaya kenangan pada hari
bahagia tersebut dapat dikongsikan kepada anak cucu pada masa
akan datang.

Oleh itu, jurugambar boleh dikatakan antara individu yang
penting dalam majlis perkahwinan dan tetamu sering memanfaatkan
khidmat mereka untuk merakam gambar bersama pasangan pengantin
di majlis tersebut.

Gambar hiasan

Namun tanpa disedari, sebenarnya tingkah laku tetamu yang
melampau juga boleh mengguris hati jurugambar. Menerusi
perkongsian jurugambar otai, Abd Jalil Jalil di Facebook,
beliau telah menceritakan pengalamannya diberi ‘amaran’
oleh tetamu agar berhati-hati dalam memegang telefon pintar
mereka yang berharga mahal.

“Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang
(tetamu) yang suruh abang shoot gambar dia bersama
pengantin. Dia kata iPhone 8 dia ni mahal, baru beli katanya.
Pegang baik-baik yer! 

“Lalu secara spontan Abang JJ jawab, yang abang pegang
seerat-eratnya kamera ini satu set harganya
RM31,500. 

“Abang tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut
jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau. Lalu
terkedu dia,”
katanya.

Ops! Memang menusuk teguran abang ni! 

Sumber: Facebook

Abd Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Shinin, 60, telah
mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi selama 35 tahun.
Baginya perkara tetamu meminta jurugambar tolong rakamkan
gambar mereka bersama pengantin dengan menggunakan telefon
bimbit ini adalah hal biasa.

Sumber: Facebook

Namun sikap tidak beradab mereka itulah yang membuatkannya
kurang senang, katanya kepada mStar.

“Kami bukan budak kecil untuk dipesan ‘jaga telefon ini
baik-baik kerana harganya mahal’. Berubah terus air muka pemuda
itu bila saya beritahu tentang harga kamera DSLR saya
pula,”
katanya lagi.

Sumber: Facebook

Melalui entrinya itu juga, Abdul Jalil sempat berpesan supaya
orang muda kini berbudi bahasa dan belajar menghormati peranan
jurugambar rasmi di mana-mana majlis perkahwinan.

Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ni, pegang
baik-baik yer. Pui! Kadang-kadang kita kena ajar juga orang
yang sebegini. Jadi harapan Abang JJ pada semua jurugambar
sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana,”

tambahnya lagi.

Perkongsian ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang
rata-rata memahami situasi seorang jurugambar seperti Abdul
Jalil.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, Yeirkif Abdullah, 29, yang juga jurugambar
perkahwinan popular berkata, dia berkongsi pengalaman yang sama
dihadapi Abdul Jalil ketika menjadi jurugambar rasmi bagi
majlis perkahwinan.

“Tetamu datang minta rakamkan gambar itu perkara biasa
dan kami pun faham. Cuma kalau nak ambil gambar berkumpulan,
cukuplah berikan satu telefon bimbit dan gambar itu masih boleh
dikongsikan sesama mereka.

“Pernah juga tetamu mengarahkan kami untuk mengambil
gambar mereka dengan pengantin tetapi mengikut
sudut (angle) yang ditentukan oleh mereka
dan tidak kurang juga pihak yang
berebut spot untuk merakam gambar
pengantin,”
luahnya.

Berpada-padalah semasa bergambar di majlis perkahwinan.
Kasihan jurugambar nak kena melayan kerenah tetamu semua.
Lama-lama pegang kamera pun penat dan berpeluh juga tau. Semoga
perkongsian ini bermanfaatlah di musim perkahwinan begini.

Baca: Dua Lelaki Lewat Untuk
Penerbangan Ditahan Staf KLIA2 Kerana Kurang Ajar Memotong
Barisan Sesuka Hati

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source