Jururawat Mati Akibat Bekerja Siang dan Malam Tanpa Henti Selama 13 Hari!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Terdahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian seorang lelaki di Johor Bahru yang
maut kerana kerja melebihi 13 jam setiap hari
. Masalah
kerja berlebihan ini bukan sahaja wujud di Malaysia malah di
luar negara juga. Inilah yang terjadi kepada seorang individu
yang meninggal dunia kerana disyaki terlampau kuat bekerja.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang
wanita berusia 38 tahun telah ditemui meninggal dunia
di dalam biliknya oleh rakan sebilik kerana dipercayai bekerja
berlebihan.
Wanita yang bekerja sebagai seorang
jururawat di Taipei Medical University itu dikatakan telah
bekerja selama 13 hari secara berterus-terusan!
Dahsyatnya!

Sumber: ET Today

Jururawat tersebut dikatakan mula bekerja daripada 3 November
sehingga 15 November lalu tanpa sebarang rehat. Wanita
berkenaan yang bekerja untuk syif malam sering mengulang kaji
pelajaran pada siang hari
 hingga menyebabkan dia
tidak berpeluang untuk berehat walaupun seketika. Hal ini
dipercayai telah menjadi punca kematiannya pada waktu itu.

Pun begitu, pihak hospital tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut dan merasakan bahawa wanita tersebut telah
mengikuti jadual biasa sebagai seorang
jururawat. 
Dia ingat manusia ni macam robot ke
tak perlu rehat?

Sumber: ET Today

Melihatkan jadual harian jururawat tersebut, wanita berkenaan
rupanya mendapat cuti selama tiga hari pada minggu itu iaitu
sebelum kematiannya pada 26 November lalu. Namun,
difahamkan bahawa wanita itu tetap perlu menghadiri
internship sungguhpun pada hari
cutinya. 

Pihak hospital memberitahu bahawa punca kematian
mungkin disebabkan oleh serangan jantung
, namun
dipercepatkan lagi kerana keadaan wanita tersebut yang berada
dalam keadaan tidak sihat. Walaupun terdapat banyak kes
terdahulu yang menunjukkan kematian disebabkan terlalu letih
bekerja, namun pihak hospital ini menegaskan bahawa
jururawat itu bukan meninggal disebabkan terlalu kuat
bekerja.

Sumber: ET Today

Difahamkan juga, keluarga si mati tidak mahu memperbesarkan hal
ini. Oleh sebab itu, pihak hospital tidak mahu memberikan
sebarang komen lanjut berkenaan kes tersebut tetapi akan sedaya
upaya membantu keluarga mangsa.

Komitmen terhadap kerja adalah sesuatu yang perlu
diutamakan. Namun harus diingatkan bahawa kesihatan tubuh badan
juga penting. Jangan terlalu memaksa diri dan berehatlah
secukupnya!  

NOTA: Gambar di atas hanyalah untuk tujuan ilustrasi
sahaja.

Baca: Lelaki Maut di Johor Bahru
Akibat Bekerja Keras Selama 13 Jam Setiap Hari Tanpa
Henti!

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source