Kenali Pelajar Genius Dari Malaysia Ini, Dapat Tajaan Biasiswa Paling Berprestij di Dunia

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Bagaikan kerdipan bintang yang tak pernah padam, kejayaan anak
muda Malaysia di mata dunia amatlah membanggakan negara. Sama
ada daripada segi bantuan kemanusiaan ataupun pendidikan,
kehebatan anak muda kita zaman sekarang tidak boleh disangkal
lagi.

Hal ini disokong dengan berita kejayaan seorang pelajar dari
Malaysia yang mula menjadi sebutan ramai. Baru-baru
ini, nama Adnan Zikri Jaafar menjadi topik perbualan hangat
netizen di platform media sosial.

Menurut NST, beliau yang merupakan
pelajar jurusan kewangan dan pengajian antarabangsa
telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penerima Biasiswa
Rhodes, biasiswa paling berprestij dunia.

Sumber: Facebook

Berikut kami senaraikan sedikit profil dan kejayaan yang telah
dikecapi Adnan buat inspirasi anak muda Malaysia di luar sana:

 

1. Bekas pelajar Kolej Tuanku
Jaafar 

Sumber: Facebook

Adnan dikenali sebagai seorang pelajar yang pintar dan
merupakan bekas alumni Kolej Tunku Jaafar yang dikenali sebagai
antara sekolah antarabangsa yang mempunyai reputasi terbaik.

 

2. Melanjutkan pelajaran ke Universiti
Pennsylvania (Penn)

Sumber: Facebook

Selesai persekolahan, Adnan kemudian menyambung pengajian
ijazah sarjana muda di Penn menerusi program Huntsman dalam
bidang Pengajian Antarabangsa dalam Perniagaan yang ditawarkan
Fakulti Seni dan Sains serta Wharton School yang memang
berprestij.

Antara jurusan yang menjadi pilihannya ialah kewangan,
statistik dan pengajian antarabangsa dengan minor
dalam matematik, ekonomi dan falsafah.
Wow
hebat! 

 

3. Punyai rekod kokurikulum yang
baik

Sumber: Facebook

Tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, Adnan juga
mempunyai rekod kokurikulum yang baik. Dia telah menjadi felo
Pengajian dan Perkhidmatan Fox dan siswa bagi penyelidikan
Wharton.

Malah pada musim panas lalu, Adnan juga telah
meluangkan masa untuk menjalani pengajian tentang zakat dan
kaedah alternatif untuk menambahbaik cara pengagihannya di
Malaysia.
Tak sia-sia anak muda ini belajar hingga
ke US.

 

4. Pernah menjadi sukarelawan pelarian dan duta
program kebajikan

Sumber: Youtube

Tidak hanya mengisi masa lapangnya dengannya hal berkaitan
universiti semata-mata, Adnan menceburkan diri dalam menjadi
sukarelawan untuk pasukan petugas organisasi bukan kerajaan
yang fokus kepada kebajikan pelarian di Philadelphia. Dia juga
turut serta dalam membantu sekolah kanak-kanak pelarian Syria
di Irbid, Jordan.

Namun namanya terus melonjak naik selepas dipilih
menjadi duta bagi progam kebajikan Giving What We Can
di universitinya.

 

5. Kini menyambung pengajian peringkat tertiari
di Oxford

Sumber: Facebook

Berkat kegigihan dan semangat yang dibawa Adnan, dia telah
terpilih untuk menyambung pengajian peringkat tertiarinya di
Oxford. Fokus pengajiannya lebih tertumpu kepada perantaraan
sosial yang berlandaskan bukti dan penilaian polisi. Selain
itu, dia juga menyambung ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
kewangan.

 

6. Mendapat pujian presiden Penn kerana
menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang
cemerlang

Sumber: Facebook

Selain Adnan, Christopher D’Urso juga salah seorang penerima
Biasiswa Rhodes. Menurut presiden Penn, Amy Guttman, mereka
berdua telah menunjukkan pencapaian akademik dan moral yang
cemerlang sepanjang pengajian mereka di universiti tersebut.

“Kedua-dua siswa Rhodes terbaru kami berkongsi semangat
untuk penglibatan dalam kebajikan masyarakat, hak asasi manusia
dan keadilan sosial. Fokus mereka merangkumi ciri-ciri terbaik
para sarjana Penn yang sentiasa komited untuk mewujudkan
perubahan yang mendalam pada dunia.

“Chris dan Adnan sangat berbakat, sering terlibat dalam
pelbagai aktiviti dan komited dalam apa jua perkara. Mereka
berhak mendapat pengiktirafan ini,”
 ucap Guttman
di dalam laman web rasmi Penn.

Sumber: Facebook

Tahniah buat Adnan Zikri Jaafar kerana menjadi antara
pelajar cemerlang di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan
dan bakti yang dicurahkannya menjadi inspirasi buat generasi
muda di Malaysia.

Anda boleh tonton video khas daripada Adnan di sini.

Baca: Anak Penoreh Gerah Dari Kuala
Pilah Cipta Sejarah di Universiti Michigan, Amerika
Syarikat 

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source