Kerana Kesempitan Hidup, Pelajar Cemerlang Ini Memilih Untuk Menjadi Perompak

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Pendidikan yang tinggi bukan jaminan untuk seseorang berjaya
dalam hidup. Seringkali kita dengar kisah individu sanggup buat
apa sahaja demi wang dan kesempitan hidup. Inilah yang berlaku
kepada seorang lelaki di Thailand yang cemerlang dalam
pendidikan tetapi telah ditangkap kerana merompak.

Menurut Coconuts, lelaki yang
dikenali dengan nama Jakkapong itu telah ditahan polis
kerana terlibat dengan kes pencurian di Pattaya Selatan pada 17
November lalu.
Dalam sebuah sidang media yang
berlangsung semalam, pihak polis mendedahkan bahawa
lelaki yang ditahan kerana meragut tersebut adalah
seorang bekas pelajar contoh.

Sumber: Sanook

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, pihak polis
berjaya menjejaki lelaki berusia 27 tahun itu dan telah
memberkasnya kerana mencuri sebuah beg
milik
seorang lelaki pelancong asing
yang sedang menikmati
kopi di Grand Hall Market.

Jakkapong ditemui oleh pihak berkuasa ketika berada di Kuil
Chaimongkol berpakaian sama seperti yang terpapar di dalam
rakaman litar tertutup. Sewaktu tangkapan berlaku,
pihak polis Pattaya turut menjumpai sebuah beg, telefon
bimbit Samsung, kad kredit, dan pasport kepunyaan pelancong
asing tersebut.

Sumber: Shutterstock

Lelaki tersebut mengakui bahawa dia baru sahaja
menamatkan pendidikan sarjana muda dalam Jurusan Hotel dan
Pelancongan dari sebuah universiti di Bangkok.
Bukan
itu sahaja, Jakkapong juga berjaya menamatkan pengajian dari
universiti berkenaan dan lulus dengan cemerlang.

Yakin dengan kelayakan akademiknya yang cemerlang, lelaki itu
berhijrah ke Pattaya untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun
sudah giat berusaha, malangnya Jakkapong tidak mendapat
sebarang pekerjaan dan sudah kehabisan wang.

Disebabkan itu, pelajar cemerlang yang terdesak memerlukan
perbelanjaan ini telah mengambil keputusan untuk merompak
pelancong yang berkunjung ke kawasan berkenaan. Pun begitu,
mangsa sudah mendapat semula barangan kepunyaannya dan
Jakkapong telah pun memohon maaf kepada pelancong berkenaan
pada sidang media yang telah diadakan.

Walaupun dihimpit kesempitan hidup, jangan sekali-kali
membuat pilihan untuk melakukan jenayah kerana padahnya lebih
teruk lagi untuk masa depan kita. 

NOTA: Gambar atas kiri adalah sekadar untuk tujuan
ilustrasi.

Baca: Pelajar Cemerlang Berkorban
Berhenti Sekolah Kerana Ingin Kumpul Wang Pembedahan Buat
Ibunya

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source