“Kereta mahal boleh beli!” – Netizen Kecam Ibu Guna Raga Sebagai Pengganti Car Seat Anak

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Setiap ibu bapa pastinya akan mengutamakan keselamatan anak
mereka. Lebih-lebih lagi jika usia anak itu masih bayi. Namun,
masih ada lagi segelintir ibu bapa yang sanggup membahayakan
nyawa anak-anak atas alasan tidak mahu membazir. Heran
betoi la dengan depa ni…

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi di Facebook mengenai idea
car seat bayi yang digunakannya. Menurut perkongsian
ibu tersebut, dia memilih untuk menggunakan raga bagi
menggantikan car seat untuk anaknya yang baru berusia
dua bulan kerana tidak mampu.

Sumber: Facebook

Cara yang disarankannya ialah meletakkan raga di kerusi hadapan
sebelah pemandu dan pasangkan tali pinggang keledar bagi
menghalang raga daripada meluncur ke depan.

Walau bagaimanapun, ibu ini mengaku tidak meletakkan
tali pinggang keledar untuk anaknya kerana saiz raga itu
muat-muat diletakkan diantara kedudukan kerusi dan
dashboard kereta sekaligus menghalang raga itu
daripada bergerak.

Ibu ini menjelaskan bahawa dia memilih cara ekonomi ini kerana
car seat sekarang terdapat dalam pelbagai jenis yang
tidak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Bukan itu sahaja, dia
juga menganggap membeli car seat untuk
kegunaan bayi baru lahir adalah satu bentuk pembaziran kerana
hanya boleh dipakai hingga umur enam bulan sahaja.

Gambar hiasan

Menurutnya lagi, cara ini adalah merupakan idea daripada ibu
mertua yang pernah digunakan untuk anak saudaranya dan kini dia
senang menggunakan cara yang sama untuk anaknya pula.

Niat wanita ini untuk berkongsi tips telah menjadi perdebatan
hangat oleh netizen yang rata-rata tidak setuju dengan cara ini
kerana bayi boleh melambung keluar dari kereta sekiranya
berlaku kemalangan.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Bukan itu sahaja, netizen turut kecam ibu ini kerana lokek
untuk mengeluarkan duit bagi membeli car seat anaknya
sedangkan mampu membeli kereta mewah. Betul juga tu,
keselamatan anak jangan dipandang ringan!

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Netizen juga tidak putus menasihati ibu ini supaya mengeluarkan
duit sedikit bagi memastikan keselamatan anaknya. Hal ini
adalah kerana car seat bayi boleh didapati dengan
harga yang murah lebih-lebih lagi jika ianya adalah
barangan preloved.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Aduhai… Bahayanya cara ibu ni. Kalau brek mengejut takut
tercampak anak tu. Harap ibu ini akan terima teguran dan cuba
cari alternatif lain bagi mendapatkan car seat yang betul untuk
anaknya.

Baca: “Boleh bayang tak tiba-tiba
anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak-budak
naik motor pun boleh tido tau…”

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source