Lelaki Ini Peroleh PhDnya Pada Usia 72 Tahun, Jadi Inspirasi Anak Muda Sekarang

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Jarang kita dapat lihat warga emas yang masih belajar pada usia
mereka. Majoritinya, mereka hanya berehat di rumah setelah
berpuluh tahun bekerja. Ada yang menjaga cucu, bercuti dan
melakukan hobi masing-masing. Tetapi berbeza pula dengan lelaki
ini, di mana beliau masih belajar ketika usianya yang
sudang menjangkau 72 tahun
. Wow hebat! 

“Allah rezekikan Kak Mun berjumpa dengan seorang yang
sangat istimewa, inspirasi dan menakjubkan!”

Tular perkongsian gadis ini di laman sosialnya, di mana dia
amat kagum dengan semangat pakcik tersebut iaitu Dr Ismail bin
Haron, yang berjaya menamatkan pembelajarannya
dalam peringkat phD atau Doktor Falsafah ketika usianya 72
tahun
.

Menurut Munadilatul Iezzah Lubis,
dia sempat menanyakan beberapa soalan kerana terlalu kagum dan
tertanya-tanya bagaimana seusia itu boleh berjaya
menghabiskan tempoh pembelajaran sama seperti pelajar lain yang
jauh lebih muda
.

Sumber: Facebook

Katanya, pakcik tersebut mengambil bidang dalam
contemporary issues. Beliau amat minat dalam menuntut
ilmu. Dia juga berazam selagi umurnya panjang, dia mahu terus
belaja
r. Tambahnya, beliau mengambil mixmode
iaitu gabungan antara subjek dah research.

Beliau mengambil master selama 2 tahun di
Universiti Islam Antarabangsa, dan kemudiannya sambung
mengambil phD selama 5 tahun di universiti yang
sama.
Wow salute!

Beliau turut memaklumkan bahawa selepas ini dia ingin terus
belajar. Rasa untuk bekerja sudah tidak ada dek kerana usianya
yang sudah lanjut itu.

“Bayangkan.. Pakcik umur 72 tahun habiskan
master dalam masa 2 tahun dan sambung phD sejurus
selepas itu selama 5 tahun. 7 tahun berturut-turut tanpa
henti!”

MIXMODE ya tuan puan. Bukan
coursework..”

Gambar hiasan

Menurut Muna, ketika sesi soal jawab berkenaan, dia
memanggil lelaki itu dengan gelaran Dr tetapi beliau masih
menggelar dirinya sebagai pakcik
. Tiada langsung rasa
riak atau sombong walaupun sudah bergelar Dr.

Tambah Muna, menerusi soal jawab itu, dia dapat belajar tentang
perkara-perkara ini,

“Jangan tengok orang lain! Boleh tengok orang lain
untuk motivasikan diri. Tapi bukan lemahkan diri”

“Jangan ikut orang/trend. Orang nak ambil
master, kita pun nak. Orang sambung phD kita pun
nak. Jangan! Jangan buat sesuatu sebab orang lain buat juga.
Tetapkan tujuan buat sesuatu perkara sebelum diri
binasa”

Perkongsian ini rata-ratanya mendapat pujian dari netizen.

Sumber: FacebookSumber: FacebookSumber: Facebook

Tahniah Dr.. Harap anak muda di luar sana dapat jadikan
kisah ini sebagai inspirasi anda untuk terus maju jaya ya!
🙂

Baca: Graduan Master Berhenti Kerja
Sebagai Saintis Demi Menjadi Badut Untuk Hiburkan Anak Yatim,
Pesakit

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source