Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Tidak lama dulu Muhamad Khalid Ismail pernah tular di media sosial oleh
kerana kefasihannya dalam berbahasa Korea dan muncul
dalam salah satu rancangan realiti di stesen TV Korea
Selatan
sambil berkongsi keunikan Malaysia.

Namanya makin disebut-sebut oleh netizen apabila tersebarnya
berita akan pernikahannya pada April lepas bersama
seorang gadis yang juga berasal dari Korea
. Waa…
kemain dapat isteri Korea! 

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Pun begitu, mereka yang kini menetap di bandar Gunpo, Gyeonggi,
Korea Selatan telah pulang ke Malaysia pada Ahad
lepas
untuk bercuti, di samping Khalid, 29,
memperkenalkan isterinya, Lee-Seul, 28 kepada sanak-saudara di
Kampung Padang Bogor, Kelantan, lapor Harian Metro.

Kepulangan mereka disambut dengan hati gembira oleh ahli
keluarga Khalid yang sangat teruja untuk bertemu isterinya yang
cantik laksana aktres Korea ini. Namun ia juga merupakan
cabaran buat Lee dalam menyesuaikan diri ke
persekitaran dan suasana yang jauh berbeza dari Korea
.

Sumber: Harian Metro

Meskipun cuaca panas di negara ini hampir menyamai musim panas
di negara Korea Selatan, namun Lee akui sukar untuk
bertahan dengan nyamuk memandangkan suasana kampung di Korea
jauh berbeza
kerana mengalami proses urbanisasi yang
pesat.

Pun begitu, ia bukanlah masalah besar kerana layanan dari
keluarga mentua membantu Lee untuk menyesuaikan dirinya di
sini.

Sumber: Facebook

“Keluarga mentua sangat baik dan banyak membantu saya.
Saya teruja apabila dapat mengenali keluarga besar di
sini,”
kata Lee.

Dalam usia perkahwinan yang baru menginjak empat bulan, Lee
mengaku sudah banyak belajar mengenai budaya tempatan
dan bahasa pertuturan termasuklah loghat Kelantan
.

Saya sudah tahu apa itu makan, minum, selamat pagi,
sedap, bagus, terima kasih dan sama-sama. Apabila pulang ke
sini, saya tambah satu lagi perkataan iaitu (loghat Kelantan)
‘gelepar dodey-dodey’ yang maksudnya sangat teruja.”

Waa gigih dia belajar kan…

Malah apabila ditanya mengenai makanan kegemaran, wanita yang
juga merupakan seorang guru pusat jagaan mengakui hanya mampu
makan makanan pedas dan masam yang rasanya menyamai
makanan Korea Selatan
. Selain itu, Lee juga menggemari
roti canai, sambal dan nasi kerabu. Pun begitu, dia masih belum
berani mencuba budu.

Sumber: Facebook

Dalam membimbing saudara baru seperti Lee, Khalid tidak terlalu
memaksa memandangkan Lee baru sahaja memeluk Islam. Buat masa
sekarang, dia hanya menekankan solat berjemaah di
rumah
kerana tempat kerja isterinya tidak menyediakan
ruang solat.

Lee juga sedang cuba membiasakan diri mengenakan tudung ketika
ke majlis agama.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Pernikahan Khalid dan Lee bagi ibu Khalid sendiri, Norizan
Ismail merupakan hikmah besar buat anaknya untuk membimbing
saudara baru.

“Saya tidak pernah menghalang anak untuk mencari jodoh
masing-masing asalkan tahu membimbing dan mencorakkan keluarga
dan dalam hal Lee, kami tidak terlalu memaksa untuk dia terus
berubah 100 peratus menjadi Muslim sejati,”
kata
Norizan.

Khalid yang sudah menetap 10 tahun di Korea Selatan kini dalam
proses membangunkan sebuah syarikat sendiri yang membekalkan
bahan mentah untuk sektor perumahan.

Pasangan suami isteri tersebut sudah pun terbang pulang ke
Korea hari ini.

Sumber: Facebook

Mesti ramai yang sedang bercita-cita nak kahwin dengan
gadis atau oppa dari Korea, kan??

Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang
Perlu Dicuba Jika Anda Melancong Ke Seoul,
Korea

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

source