Lelaki Tiada Duit Nak Bayar Bil Makan, Hubungi Polis Minta Tangkap dan Penjarakannya

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Selalu kita dengar kisah individu yang sanggup mengemis untuk
mendapatkan wang demi menyara kehidupan seharian. Namun apa
yang peliknya, lelaki dari Jepun ini sengaja melakukan
kesalahan supaya dia boleh laporkan dirinya pada polis.

Menurut Nextshark, seorang lelaki
warga emas telah memutuskan untuk menghubungi polis dan
melaporkan diri sendiri selepas tidak mempunyai wang yang cukup
untuk membayar bil makanannya.
Lelaki berusia 63 tahun
itu hanya membawa 96 yen (bersamaan RM3.50) bersamanya sewaktu
dia memesan semangkuk hidangan nasi di sebuah restoran di
Fukuoka pada 21 November yang lalu.

Sumber: Nextshark

Warga emas yang tidak bekerja itu bukan sahaja
menghabiskan menu nasi berharga RM24 yang dipesannya
tanpa sebarang niat untuk membayar hidangan
, malah dia
juga memaklumkan pengurus restoran dan menyuruhnya menelefon
polis.

Namun, pengurus restoran tersebut begitu baik hati dan
membenarkan warga emas itu membayar hutangnya di lain
hari.
Ketika pengurus tersebut ragu-ragu untuk
menghubungi pihak berkuasa, warga emas itu bertegas untuk
mengadu kesalahannya kepada pihak polis. Dia malah
menggunakan telefon awam berdekatan untuk melaporkan
dirinya!

Sumber: Nextshark

Setibanya pihak polis ke restoran tersebut, mereka akhirnya
menangkap warga emas itu kerana disyaki menipu. Pun begitu, ini
bukanlah pertama kali lelaki penganggur ini ditahan di penjara.
Dia memberitahu pihak terbabit bahawa dia hanyalah
kebuluran tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar
makanannya.

“Jika kamu ditangkap, kamu masih ada tempat berteduh,
diberi makan tiga kali sehari dan dapat buat pemeriksaan
kesihatan. Jadi ini adalah win-win situation untuk
kedua-dua pihak,”
kata pegawai Kementerian Keadilan
Jepun, Shinsuke Nishioka.

Sumber: Media Permata

Shinsuke juga memberitahu bahawa kemudahan-kemudahan yang
disediakan di penjara inilah yang menjadikan ramai warga emas
memilih untuk melakukan jenayah supaya mereka dipenjarakan.
Mereka lebih selesa di penjara kerana ada yang menjaga makan
minum mereka.

Kasihannya sampai sanggup masuk penjara kerana tidak cukup
duit untuk beli makanan. Tapi makan tak bayar pun kira mencuri
juga. Korang jangan buat jenayah pula jika tak cukup duit makan
ye!

NOTA: Gambar atas kanan adalah untuk tujuan ilustrasi
sahaja.

Baca: Lelaki Tipu Pakej Percutian
Murah, Cabar Mangsa Buat Laporan Polis Selepas
Dimarahi

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source