Nasi Lemak Berlauk Panas Kini Jadi Makanan Kegemaran Rakyat Korea Selatan

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Siapa yang tak suka nasi lemak? Pagi kita sememangnya tak
lengkap kalau tak dapat ‘pekena’ nasi lemak sebungkus! Kini
makanan kegemaran ramai ini bukan saja disukai rakyat Malaysia,
orang di Korea Selatan pun sudah mula gilakan nasi lemak.
Wow! 

Semuanya bermula dengan rungutan yang diterima Duzy Noramzamnas
Abdul Aziz, 29, daripada pelancong Malaysia yang juga mengalami
masalah untuk mencari makanan halal di Korea Selatan.
Lalu daripada situ, munculnya idea untuk membuka
perniagaan nasi lemak halal di negara tersebut
, lapor
NST.

Sumber: Facebook

Ideanya ternyata membuahkan hasil dan kini Duzy telah mendapat
keuntungan yang besar di sebalik perniagaan tersebut. Anak
kelahiran Penampang, Sabah ini telah memulakan perniagaannya
pada September tahun ini dan telah menghasilkan lebih kurang 40
bungkus nasi lemak sehari.

“Di Korea Selatan tidak banyak makanan tepi jalan yang
halal. Saya kemudian terinspirasi dengan idea kebanyakan rakyat
Malaysia makan nasi lemak untuk sarapan, makan tengah hari,
makan malam dan juga lewat malam.

“Disebabkan ia makanan tradisional terkenal Malaysia,
saya bercadang dengan memulakan servis menghantar makanan. Saya
pasarkan nasi lemak secara online, yang mana pelanggan
boleh memesan pada sehari sebelumnya menerusi aplikasi WhatsApp
atau KakaoTalk,”
jelas Duzy.

Sumber: Facebook

Sebaik menerima pesanan, Duzy akan membungkus nasi lemak ke
dalam bekas makanan dan menghantar dengan menaiki Seoul
Metropolitan Subway.

Pelanggan Duzy pada awalnya hanyalah pelancong dan pelajar
Malaysia yang rindukan masakan tanah air. Namun selepas dua
bulan menjalankan bisnes tersebut, dia telah mendapat
pelanggan daripada rakyat Korea Selatan yang menyukai makanan
tersebut.

Sumber: Facebook

Perniagaan nasi lemak yang memberangsangkan membuatkan Duzy
didekati Han Ji-Sung, rakan perniagaan barunya dan membuka
kedai dengan nama ‘Nasi Lemak Berlauk Panas’
di atas bumbung bangunan milik Han yang juga pemilik kepada Pop
@ Itaewon Guesthouse di Itaewon. Wah makin lebar jaringan
bisnes Duzy! 

Sumber: Facebook

Ia merupakan lokasi yang menarik untuk menikmati nasi
lemak yang dijual ₩5,000 won atau lebih kurang RM19 sambil
dikelilingi permandangan bangunan tinggi di bandar
tersebut. 

“Untuk sambal lebih, telur, nasi dan tambahan lauk lain
seperti sotong, kerang dan ayam, anda perlu menambah sebanyak
500 won ke 4,000 won (RM2-RM15),”
katanya.

Semenjak mempunyai kedai fizikal di Itaewon, pelanggan kini
tidak perlu susah-susah memesan melalui aplikasi WhatsApp lagi
memandangkan mereka boleh sahaja duduk dan makan di kedainya.
Kebanyakan pelanggan Duzy juga kini bukan sahaja rakyat
Malaysia, namun ada juga warganegara Belanda, Jepun, Indonesia,
China dan Perancis.

Orang Korea Selatan samakan nasi lemak dengan
bibimbap, yang mana nasi disediakan dengan cili dan juga
sayuran. Hal ini kerana mereka memang makan bibimbap hampir
setiap hari, sama seperti rakyat Malaysia makan nasi
lemak,”
kata Duzy. Patutlah laris!

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Duzy juga berkata, bekalan makanan untuk masakan nasi lemak
seperti ikan bilis, cili dan makanan laut boleh saja didapati
di Pasar Noryangjin yang mana juga menjual bahan-bahan seperti
belacan, asam jawa, santan dan daun pandan. Fuh dah macam
kat pasar pagi di Malaysia dah! 

Makanan halal kini juga telah menerima permintaan tinggi di
Seoul, menurut Duzy, yang mana industri ini sedang berkembang
pesat di sana.

“Menetap dan menjalankan bisnes di Korea Selatan ini
agak mencabar. Rakyat Korea Selatan dan Jepun adalah antara
individu yang kuat bekerja di dunia. Saya terpaksa bekerja
keras untuk bersaing dengan mereka. 

“Memang agak tertekan kadang-kadang tapi sangat
berbaloi,”
kata Duzy lagi.

Sumber: Facebook

Selain daripada menjalankan bisnes nasi lemak, Duzy juga
menjadi pemandu pelancong bagi mereka yang melawati Seoul.

Syabas buat Duzy kerana telah berjaya melariskan nasi lemak
di Korea Selatan! Semangat dan kecekalannya patut dijadikan
inspirasi dan teladan buat rakyat Malaysia yang berada di dalam
dan luar negara. 

Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang
Perlu Dicuba Jika Anda Melancong ke Seoul,
Korea!
 

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source