Nasi Lemak Bungkus Jadi Koleksi Beg Tangan Musim Bunga Jenama Terkemuka Hermès

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Nasi lemak memang tidak dapat disangkal lagi kesedapannya dan
aroma serta bau nasi lemak apatah lagi jika menggunakan
daun pisang untuk membungkusnya, pasti menarik perhatian semua.

Siapa sangka daun pisang bukan sahaja digunakan dalam
makanan tetapi juga di dalam industri fesyen dunia?

Jean Paul Gaultier adalah salah satu pereka fesyen yang paling
terkenal di dunia. Beliau merupakan pengarah kreatif jenama
terkemuka dunia, Hermès pada tahun 2003-2010.

paul

Pada tahun terakhir perkhidmatannya, bersempena dengan musim
bunga, Jean mengeluarkan koleksi beg tangan Musim Bunga 2010
berikut,

nasi1

Sekali pandang mungkin ianya nampak elegan apatah lagi
digayakan oleh model yang menawan, namun jika dilihat secara
dekat, anda pasti kenal dengan ‘material’ yang
digunakan.

nasi2

Eh, macam kenal je?

Bagi orang-orang Asia terutamanya, rata-rata mempertikaikan beg
tangan itu yang nampak serupa dengan makanan kegemaran mereka.

nasi3

Yes, nasi lemak gais… Sama tak? Bukan itu sahaja, ada
juga koleksi beg tangan yang diperbuat daripada daun kelapa (?)
Okay, memang pelik…

beg

Pengguna Twitter menjadikannya bahan lawak selepas melihat
persamaan ketara antara beg tangan itu dengan daun pisang yang
biasanya digunakan untuk membungkus nasi lemak.

“Apabila anda dalam perjalanan ke malam
penganugerahan tetapi anda mengidam untuk makan nasi
lemak”

Seorang lagi pengguna Twitter memberikan pendapat yang agak
mencuit hati,

“Kalau ada nasi lemak dalam beg tu, lagi
bagus!”

Sedapnya nasi lemak daun pisang.. Eh, ke handbag ni? Sedapnya nasi lemak daun
pisang.. Eh, ke handbag ni?

So, lepas ni kalau korang makan nasi lemak daun pisang
janganlah buang daun pisang tu. Confirm anda akan jadi
ikon fesyen! Hahaha

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source