Netizen Terhibur Gelagat ‘Abah’ dan Rimau Berbalas Tweet Saling Mengusik Satu Sama Lain

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Bersempena Sukan SEA ke-29, jawatankuasa penganjur telah
memilih Rimau sebagai maskot rasmi bagi acara ini.
Diinspirasikan dari Harimau Malaya, maskot ini sering membuat
penampilan di setiap acara sukan yang dipertandingkan sepanjang
Sukan SEA berlangsung.

Sumber: Malaysian Digest

Gelagat Rimau yang menghiburkan serta munculnya akaun Twitter
dengan nama @rimaumalaysia bersama
tweet yang lucu telah memeriahkan lagi suasana Sukan
SEA yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.

Selain dari memberikan ucapan tahniah buat atlet yang memenangi
pingat emas dan memuat naik beberapa buah video dirinya di
acara sukan yang berlangsung, Rimau juga sering dilihat
bergambar bersama gadis-gadis disertai dengan caption
yang lucu.

Salah satu tweet Rimau yang menarik perhatian netizen
dan dikongsikan sebanyak 4,000 kali berbunyi, “Susahnya
nak jaga halal gap
 dimuat naik dengan
gambarnya bersama seorang gadis manis.

Sumber: Twitter

Namun apa yang lebih menggelikan hati, tweet tersebut
telah mendapat respon Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin atau kini lebih dikenali sebagai ‘Abah’ yang
menegur perbuatan Rimau itu
.

Khairy membalas, “Tangan tu” sambil merujuk tangan
maskot tersebut yang kelihatan hampir menyentuh payudara gadis
tersebut.
Tweet berkenaan telah mendapat 30,696
perkongsian di Twitter. Wow! Ramai yang suka ‘Abah’ tegur
Rimau ye!

Sumber: Twitter

Malah Rimau juga pernah mencabar pengikutnya dalam satu
tweet yang berbunyi, “1000 RT kalau nak tengok
#rimau berenang!” 

Sumber: Twitter

Tweet tersebut telah mendapat 6,000 perkongsian dan ‘abah’
sempat merespon dengan mengatakan, “Dah 1000 lebih
Rimau. Jangan sembang je.”

Sumber: Twitter

Ye ye je Rimau ni kan! 

Bukan Khairy saja yang sering mengusik Rimau, Twitter rasmi
agensi berita Bernama juga turut serta membalas
tweet lucu Rimau.

Sumber: Twitter

Kemenangan pasukan Malaysia ke atas Indonesia pada perlawanan
bola sepak hujung minggu lalu juga menarik perhatian Khairy
untuk terus mengusik Rimau dengan tweet seperti
berikut.

RT for Thanabalan. Fav (Favourite) for
#Rimau.
Abah nak balas dendam poll si Rimau tadi
yang Abah kalah.” 

Ternyata netizen lebih menggemari Thanabalan, jaguh bola sepak
negara dari Rimau yang mendapat 21,000 retweet
berbanding 12,000 favourites di posting
tersebut.

Sumber: Twitter

Pada Ahad lalu, Menteri Belia dan Sukan itu kembali memuat naik
dua gambar di akaun Twitter miliknya yang menunjukkan
sekumpulan penonton di stadium teruja untuk bergambar
dengan Rimau dari Khairy
yang hanya berdiri sendirian
memerhati kumpulan penonton tersebut dari tepi.

“Abah dipinggirkan,” tulisnya dalam
tweet tersebut. Kesian abah!

Sumber: TwitterSumber: TwitterSumber: Twitter

Aik ‘Abah’ jeles dengan Rimau ye? Ramai peminat Rimau
ni! 

Pun begitu, menurut deskripsi pada akaun Twitter Rimau, akaun
tersebut hanyalah akaun parodi yang dicipta oleh peminat yang
tidak dikenali. Kesahihannya masih menjadi tanda tanya.

Sama ada itu betul Rimau atau tidak, kita tetap terhibur
kan? Jom #BangkitBersama untuk menyemarakkan lagi acara Sukan
SEA yang bakal berakhir pada 30 Ogos ini. 

Baca: Putera Mateen Tetap Menang di
Hati Peminat Walaupun Tewas Dengan Pasukan ‘Abah’
KJ

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source