Netizen Terpukau Wanita Ini Mampu Buat Kerja Buruh Walaupun Dengan Badan Yang Kecil

by
Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kaum lelaki mempunyai kudrat
yang lebih kuat daripada wanita. Oleh itu, tidak hairanlah
untuk kerja buruh didominasi oleh lelaki. Bukan itu sahaja,
kadang kala nampak mustahil pula untuk wanita menceburi bidang
berkenaan kerana mereka sepatutnya tidak boleh mengangkat
berat, dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan.

Walau bagaimanapun, ianya tidak mustahil bagi seorang
perempuan untuk melakukan kerja-kerja buruh seperti yang
dilakukan gadis ini.
Baru-baru ini, sebuah video tular
selepas netizen terpukau dengan kekuatan gadis
seorang gadis membuat kerja buruh meskipun jelas sekali dia
mempunyai susuk badan yang kecil.

Sumber: TNP

Menurut Trending News Portal, wanita
bernama Xiao Mei yang dipercayai dari China bekerja dalam
sektor pembinaan. Melalui video itu, Xiao
dilihat mengangkat sejumlah batu bata yang banyak
dengan muka yang begitu selamba dan tidak menunjukkan raut
wajah terseksa kerana menampung berat.

Sumber: TNPSumber: TNP

Bukan itu sahaja, dia turut mengangkat beg simen dan
pandai membancuh simen seperti seorang yang professional dan
berpengalaman
dalam bidang
tersebut. 
Apa yang lebih menarik perhatian ramai,
Xiao dilihat melakukan kerja-kerja pembinaan itu dengan penuh
santun dan tertib. Tak ganas pun, masih lemah lembut…

Sumber TNPSumber: TNP

Rupa-rupanya, Xiao sanggup untuk melakukan kerja berat
itu kerana perlu menggalas tanggungjawab dalam mencari rezeki
selepas kematian bapanya
. Laporan juga mengatakan Xiao
tidak kisah membuat kerja tersebut kerana mempunyai
matlamat untuk membeli dan memiliki rumah dengan hasil titik
peluh sendiri.
Bagus lah ada matlamat hidup macam
ni…

Melalui video tersebut juga, Xiao turut berkongsi kesan-kesan
lebam yang terdapat pada badannya disebabkan kerja berat yang
dilakukannya saban hari demi mencapai impiannya itu.

Sumber: TNP

Netizen bukan sahaja terpukau dengan kekuatan yang dimiliki
wanita ini, tetapi turut terpegun dengan rupanya yang cantik
bak pelakon drama Asia.

Selain itu, netizen turut memuji kesungguhan wanita ini dalam
mencari rezeki bagi menyara keluarga selepas kematian ayahnya.
Ini adalah kerana bukan senang untuk kaum wanita memilih
kerjaya ini yang memerlukan kudrat yang kuat.

Hebat dia ini! Memang betul, bukan senang untuk kaum wanita
memilih kerjaya ini. Bukan apa, banyak yang perlu
dipertimbangkan sekiranya nak ceburi bidang ni, terutamanya
dari segi kesihatan. Mau sakit belakang!

Baca: Lelaki Kudung Dua Belah Tangan
Tolak Jadi Pengemis, Sanggup Kerja di Tapak
Pembinaan

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari: