Orang Gaji Selamba Live Stream Video di Facebook Ketika Mandikan 3 Orang Anak Majikan

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Perkhidmatan orang gaji kini ibarat menjadi satu keperluan
terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak
kecil. Mereka juga turut meletakkan kepercayaan kepada
orang gaji untuk menguruskan anak-anak sepenuhnya hingga
aktiviti pembantu rumah ini langsung tidak dipantau oleh
mereka.

WORLD OF BUZZ telah
melaporkan pada hari Jumaat yang lalu, seorang orang
gaji telah membuat video live stream dirinya ketika
sedang memandikan tiga orang anak majikan yang masih
kecil.

Sumber: WOB

Menurut Coconuts, orang gaji
tersebut yang dikenali sebagai Cinta, 28 tahun itu telah
menggunakan laman sosial Facebook miliknya untuk menyebarkan
video berdurasi 17 minit berkenaan. Video tersebut telah
ditonton oleh 700 orang sebelum dipadam beberapa hari kemudian.

Video tersebut merakamkan Cinta yang sedang memandikan
anak-anak kecil majikannya yang berumur antara enam hingga
lapan tahun
dalam keadaan yang gembira sambil bermain
dan memeluk anak-anak kecil itu.

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, di dalam video live
stream
 tersebut, seorang anak kecil itu hairan dan
menanyakan kepada Cinta apa yang dia sedang lakukan serta
turut memberitahu dia tidak mahu dirakam. Cinta
kemudian dengan selamba menafikan bahawa dia sedang merakam
kanak-kanak itu mandi.

Sebaik sahaja berita tentang video itu tular, netizen berang
akan perbuatan orang gaji tersebut kerana telah mendedahkan
anak kecil semuda itu dalam keadaan tidak berbaju kepada orang
yang tidak dikenali di internet.

Sumber: on.cc

Difahamkan, pihak berkuasa telah menahan Cinta untuk disoal
siasat berkaitan hal ini. Wakil daripada Kumpulan Sokongan
Majikan HK dan Pekerja Domestik Asing telah menyarankan supaya
majikan memberhentikan orang gaji itu kerana bimbang dia
menggunakan komputer milik mereka untuk niat jahat atau
jenayah.

Namun, menurut peguam, Albert Luk, orang gaji
tersebut berkemungkinan besar akan dihukum atas kesalahan
penerbitan pornografi kanak-kanak memandangkan anak-anak kecil
itu dirakamkan dalam keadaan tidak berpakaian.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut, dia akan
dikenakan hukuman penjara tiga hingga lapan tahun dan denda
sebanyak antara RM520,000 hingga RM1,000,000.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Mungkin
majikan boleh membuat perjanjian dengan orang gaji di mana
mereka dilarang sama sekali untuk mengambil gambar atau merakam
video anak mereka
.

Baca: Pelakon Kerugian RM40,000
Dirompak Amah Ketika Berada di Luar Negara

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source