Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dan Dapat Tahu Rupa-rupanya….

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Minyak petrol adalah satu keperluan penting kepada pemilik
kenderaan. Harga minyak yang sering naik membuatkan ada
sesetengah pihak mengambil jalan mudah untuk mencuri minyak
dari kenderaan orang lain. Namun, baru-baru ini tular tentang
kisah bagaimana identiti pencuri minyak motosikal di Panipat,
India akhirnya terbongkar!

Menurut Utusan, sekumpulan
penunggang sering mengadu minyak motosikal mereka habis setiap
kali kenderaan itu diparkir di Insaar Bazaar.

Gambar hiasan

Kejadian tersebut dikatakan berlanjutan dan sering terjadi
kepada penunggang-penunggang motosikal menyebabkan
seorang penunggang mengambil keputusan untuk memasang
perangkap bagi menyiasat siapakah pelakunya.

Menurut Harian Metro, pada hari
kejadian, lelaki itu telah meletakkan motosikalnya di tempat
biasa dan meninggalkannya sebelum bersembunyi di kawasan yang
agak jauh untuk mengintai ‘aktiviti’ pencuri tersebut.

Selepas menunggu beberapa ketika, akhirnya kelibat si pelaku
itu muncul di kawasan tempat letak motosikal tersebut.
Apa yang paling mengejutkan, rupa-rupanya identiti
pencuri itu sangat tidak disangka-sangka kerana ternyata kerja
jahat tersebut dilakukan oleh seekor monyet!

Melalui rakaman video, monyet itu kemudian
dilihat melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin
dan terus menyedut petrol itu.
Selamba!

Sumber: Youtube

Menurut saksi, Gaurav Leekha yang juga merupakan seorang
anggota sukarela di bandar itu, ketika kejadian, monyet
berkenaan kelihatan seperti sudah ketagih dengan minyak
motosikal dan menolak makanan lain yang dihulurkan seperti
pisang atau kacang.
Fuh, lain macam monyet
ni.

Sumber: Harian Metro

Walau bagaimanapun, monyet itu dikatakan tidak membawa ancaman
atau bahaya kepada orang ramai di kawasan tersebut meskipun ia
kelihatan mabuk. Terbaru, monyet itu dilaporkan tidak lagi pergi ke arah deretan
motosikal
di situ kerana dihalau oleh peniaga-peniaga di
kawasan berkenaan.

Lain dari yang lain betul monyet ni. Bukan ketagih pisang,
boleh pulak dia ketagih minyak petrol! 😂

Baca: Dua Lelaki Kantoi Curi Buah
Kelapa di Sekolah Agama Diikat di Pokok Sebagai
Hukuman

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source