Pemandu Grab Baik Hati Tolak Bayaran Dan Beri Wang Kepada Penumpang Dalam Kesusahan

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Sekarang ini bukan senang untuk mencari orang yang baik.
Terutama sekali dalam kalangan pemandu Grab. Bukan apa, sejak
kebelakangan ini banyak pula kisah negatif yang membabitkan
pemandu Grab.

Namun begitu, menurut Stomp, baru-baru ini seorang
pemandu Grab telah dipuji oleh seorang penumpang kerana telah
membantunya tatkala dalam kesusahan. Menurut laman sesawang
tersebut, seorang pemandu Grab telah menolak bayaran
serta menghulurkan wang kepada penumpang itu selepas mendengar
kisah hidupnya.

Difahamkan pemandu Grab bernama Grace itu telah berbuat
demikian selepas mengambil penumpangnya bernama Jaasrena di
North Bridge Road, Singapura.

Sumber: Stomp

Kisah ini telah dikongsikan oleh Jaasrena sendiri yang amat
berterima kasih dan terkejut kerana masih ada orang yang baik
sanggup membantunya meskipun tidak mengenali antara satu sama
lain.

Jaasrena memberitahu bahawa pada hari tersebut, dia berada
dalam keadaan tertekan dan sedang bergegas untuk ke kursus
komputer daripada mahkamah tempat anaknya dijatuhkan hukuman.
Kursus komputer yang ingin dihadirinya adalah penting untuk
dihadiri kerana akan mempertingkatkan lagi peluang untuknya
diambil bekerja.

Gambar hiasan

Kebetulan, dia tidak mempunyai wang dan meminta Grace untuk
memandunya ke rumah saudara yang akan membayarkan tambang
perjalanannya. Sewaktu berada di dalam kereta, Grace turut
bertanyakan sekiranya dia sudah makan dan Jaasrena
memberitahu dia belum makan kerana tidak mempunyai
wang.
Kesiannya…

Bukan itu sahaja, mereka berdua turut berkongsi kisah
hidup masing-masing dan Jaasrena memberitahu bahawa dia
merupakan seorang ibu kepada lima orang anak.
Walaupun
perlu menampung kelima-lima anaknya, malangnya dia tidak
mempunyai pekerjaan. Tambahan pula, Jaasrena akui mempunyai dua
orang anak yang kini berada di dalam penjara.

Gambar hiasan

Menurutnya lagi, dia berasa sangat selesa menceritakan kisah
hidupnya kepada Grace kerana dia sangat memahami dan mendengar
dari awal dengan teliti. Apabila tiba di destinasi,
Grace telah menolak bayaran daripadanya.
Bukan itu
sahaja, dia turut menghulurkan 40SGD, (RM120)
kepadanya untuk membeli makanan. Wahhh!

Gunalah duit ini untuk membeli makanan untuk awak dan
anak-anak awak.”

Terkejut, Jaasrena tidak berhenti menangis kerana tersentuh dan
tidak sangka pemandu Grab tersebut bertindak seperti itu.

Nampaknya masih ramai orang baik kat dunia. Sanggup
menolong orang susah, siap bagi duit lagi. Semoga ada lebih
ramai orang-orang yang baik hati macam ni.

Baca: “RM20 for ride. RM30 for your
kindness” – Sifat Kebaikan Pemandu Grab Malaysia Dipuji
Pasangan Singapura

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source