Pemandu Teksi Caj Penumpang RM6,000 Untuk 7KM!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Sekarang ini, makin banyak berita buruk yang kita terima
melibatkan pemandu teksi, lebih-lebih lagi yang berkaitan
tentang tambang. Sebelum ini pernah tular kisah di mana pemandu
teksi memaksa pelanggannya membayar RM950 bagi jarak kurang
daripada 10 kilometer. Baru sahaja nak melupakan kisah itu,
terjadi lagi kejadian yang sama. Pulak dah!

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang pada hari Khamis
yang lepas, seorang penumpang lelaki warganegara luar
telah diugut untuk membayar tambang teksi sebanyak RM6,000 bagi
perjalanan yang hanya sejauh tujuh kilometer
.

Gambar hiasan

Menurut Hmetro, mangsa yang berusia
41 tahun itu mahu menggunakan perkhidmatan teksi bagi
perjalanan dari Jalan San Peng ke Sunway putra Mall.
Difahamkan mangsa yang berwarganegara Bangladesh pada
waktu itu bersendirian menahan teksi model Proton Persona yang
dipandu oleh lelaki berusia lingkungan 40-an untuk ke lokasi
yang diminta
.

Ketika dalam perjalanan ke destinasi tersebut, mangsa
telah bertanyakan kepada pemandu teksi tentang jumlah tambang
yang perlu dibayar kepadanya selepas mendapati bahawa teksi
itu tidak menggunakan meter tambang seperti yang telah
diwajibkan.

Gambar hiasan

Kata mangsa, soalan itu menyebabkan pemandu teksi
tersebut marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu
dibayar olehnya adalah sebanyak RM6,000.

Mahalnyaaa! Tak logik langsung!

Akibat terkejut dengan jumlah yang langsung tidak masuk akal
itu, mangsa yang juga merupakan ahli perniagaan telah
mempersoalkan tentang harga tambang tersebut sebelum meminta
pemandu teksi terbabit untuk memberhentikan kenderaan di tepi
jalan.

Berang dengan permintaan yang diminta oleh
pelanggannya itu, lalu pemandu teksi tersebut mengeluarkan
sebilah pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kepadanya
kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan.

Eh dah buat salah, nak ugut pulak?

Gambar hiasan

Tambah mangsa, dek kerana ketakutan dengan ugutan
pemandu teksi tersebut, dia terus menyerahkan bayaran tambang
RM3,900 sebelum dibenarkan keluar dari teksi
berkenaan.

Selepas sahaja kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai
Polis Dang Wangi bagi tindakan lanjut.

Difahamkan, kejadian ini adalah kali pertama berlaku
terhadap mangsa sepanjang dia menetap di negara ini sejak
beberapa tahun lalu. Kejadian ini menyebabkan mangsa trauma
untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
berkenaan.

Menurut Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin
Abdullah, siasatan masih lagi giat dilakukan bagi menjejaki
suspek.

Senang betul dia nak buat duit.. Bagi pengguna pengangkutan
awam, hati-hati ya lepas ni!

Baca: Pemandu Teksi Kantoi Lalok,
Simpan Ganja dan Peralatan Dalam Teksi

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source