Penting! 7 Perkara Kebanyakan Wanita Tak Ambil Tahu Sebelum Bergelar Isteri dan Ibu

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Kalau disoal kepada gadis-gadis zaman sekarang, pasti ramai
yang tak sabar-sabar nak mendirikan rumah tangga walaupun baru
berusia belasan tahun. Namun begitu, korang yakin ke ilmu yang
korang ada ni cukup untuk menempuhi perkahwinan yang serba
mencabar?

Perkahwinan bukanlah satu permainan dan pasangan yang tidak
mempunyai kesabaran serta kekuatan dalam melaluinya selalu
kecundang di tengah jalan. Berikut kami kongsikan tujuh perkara
yang ramai wanita tidak ambil tahu sebelum bergelar isteri dan
ibu. Entri ini ialah perkongsian Kak N daripada IIUM Confession.

 

1. Gali ilmu tentang alam selepas
perkahwinan 

Gambar hiasan

Sebelum kahwin, tolonglah gali ilmu mengenai kehamilan,
kelahiran, penyusuan dan kanak-kanak.
Perkahwinan
bukan sekadar ‘seronok buat anak’ tapi anda sebaiknya perlu ada
ilmu mengenai kehamilan dan sebagainya. Jadilah ibu yang
berilmu bukan seorang yang dungu.

 

2. Makan folic acid

Gambar hiasan

Tolong makan folic acid enam bulan sebelum
berkahwin.
Folic acid penting untuk pembentukkan
‘Neural Tube’ dan saraf untuk elak daripada Spina Bifida
berlaku pada bayi.

 

3. Tolong vaksinkan anak

Gambar hiasan

Menurut Kak N, penyakit yang sepatutnya boleh dicegah melalui
vaksin sudah mula menular dan menjangkiti kanak-kanak yang
lain. Sebaiknya jagalah kesihatan anak dengan
menvaksinkan mereka.
Kalau tak mahu vaksin, sebaiknya
kurung anak di dalam rumah untuk mengelakkan daripada
tersebarnya penyakit kepada orang lain. Bagi yang mengatakan
vaksin sebagai agenda Yahudi, mohon lakukan lebih banyak
kajian. Hendak bertawakal juga perlu kena dengan
gayanya. 

 

4. Bersedia mental dan fizikal untuk hadapi
kehamilan

Gambar hiasan

Bakal ibu diminta sediakan mental dan fizikal untuk
hadapi fasa-fasa kehamilan.
 Menurut Kak N, ada di
antara pesakitnya datang ke klinik dan minta digugurkan
kandungan atas alasan tak bersedia nak menjadi seorang ibu dan
tak mampu nak menjaga anak. Ingat, rezeki anak ini Allah yang
beri dan setiap anak sudah tertulis bahagian rezeki mereka.

 

5. Bijak buat keputusan bila mengalami komplikasi
kehamilan

Gambar hiasan

Ketika mempunyai komplikasi semasa mengandung dan
kelahiran, wanita diminta membuat keputusan untuk diri sendiri
dan anak bukan ikut keputusan suami yang kadangkala agak
membingungkan.
Taat pun ada tempatnya, pesan Kak N.

Semasa di hospital dulu, terdapat kes bayi di dalam kandungan
lemas disebabkan tali pusat terbelit dan perlu menjalani
Emergency Lower Segment Ceasarean Section (EMLSCS). Namun si
isteri tidak mahu menjalankan ceasarean kerana suami tidak
benarkan dan mahu isterinya bersalin normal. Sudahnya, anak
dalam kandungan meninggal. Si suami dengan selamba berkata,
“Redha dengan ujian Allah.” Ish, ish,
ish! 

 

6. Jaga pemakanan 

Gambar hiasan

Jaga pemakanan dan jangan ambil jamu atau
supplement mengarut.
Jangan rosakkan organ
dalaman anda. Penjual hanya nakkan untung dan tak kisah pun
kalau pelanggan sakit.

 

7. Jangan terlalu ikut sangat pantang
bersalin

Gambar hiasan

Apabila sudah bersalin, jangan terlalu ikutkan sangat
pantang bersalin yang tidak logik seperti jangan berjalan
banyak atau jangan minum air kerana ditakuti bentan.

Menurut Kak N, bentan dalam bahasa saintifik dipanggil Peuperal
Sepsis iaitu jangkitan disebabkan tidak menjaga kebersihan dan
bukannya kerana langgar pantang.

Ibu yang menyusu perlukan banyak air. Oleh itu, minumlah air
masak dengan sebanyaknya. Anda juga digalakkan banyak berjalan,
semampu yang boleh untuk elakkan Deep Vein Thrombosis daripada
berlaku.

Bukan mudah tau nak jadi seorang ibu dan isteri. Diharapkan
remaja perempuan zaman sekarang sudah bersedia dengan ilmu
pengetahuan untuk menempuhi fasa perkahwinan. Kahwin memang
seronok tapi banyak ilmu kena ada!

Baca: Pasangan Pengantin Ini Hanya
Belanja RM1,350 Untuk Perkahwinan Mereka. Begini
Caranya…

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source