Perkahwinan Jalaluddin Hassan Pernah Ditentang Ibu Mertua Kerana Disangka Ramai ‘Girlfriend’

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Selepas
pemergian isterinya, Hashimah Mad Ehsan pada 5 November tahun
lalu, Datuk Jalaluddin Hassan kini tidak keseorangan lagi.

Semalam, selamatlah sudah pernikahan yang berlangsung di antara
pelakon terkenal ini dengan pasangannya, Rapidah Abd Ghani, 44,
dengan sekali lafaz di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Kuala
Lumpur kira-kira jam 10.55 pagi.

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, niat Jalaluddin untuk memperisterikan
Rapidah bukanlah mudah pada awalnya. Perkahwinan mereka
hampir-hampir ditentang ibu mertua, Esah Samad, 77, hanya
kerana dia seorang artis, lapor mStar.

“Alhamdulillah anak-anak memang tidak menghalang saya
berkahwin malah mereka rasa berdosa kerana tidak dapat jaga
saya dengan baik sebelum arwah isteri meninggal.

“Bagaimanapun ibu mertua kurang bersetuju, maklumlah
artis kan, girlfriend banyak…”

jelasnya.

Alahai… macam mana ni Datuk?

Sumber: Instagram

Pun begitu, persengketaan ini tidak lama sehinggalah ibu
mertuanya itu berjaya diyakinkan dengan bantuan pengarah dan
aktivis teater, Lokman Ghani yang juga abang kepada Rapidah.

“Ibunya terbuka hati menerima saya selepas diyakinkan
oleh Lokman yang juga rakan baik saya dan kami pun banyak
mengharungi pelbagai cabaran sebelum ini,”
kata
Jalaluddin lagi.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka buat kali yang pertama,
Jalaluddin berkata, dia mula mengenali Rapidah ketika
menghadiri rumah terbuka Lokman pada Aidilfitri yang lalu.
Sejak daripada itu, hatinya terpaut kerana Rapidah
mengingatkannya akan Allahyarham isterinya, Hashimah yang
meninggal tidak lama dulu. 

“Kami kali pertama bertemu ketika menghadiri rumah
terbuka Lokman pada Aidifitri yang lalu dan apabila melihatnya
melayan tetamu dan pergerakannya ia mengingatkan saya
kepada arwah isteri.

“Kami sempat bergambar bersama dan saya berikan nombor
telefon saya kepadanya kerana ingin meminta dia menghantar
gambar yang diambil kepada saya.

“Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan
seterusnya Alhamdulillah dipertemukan jodoh,”
kata
Jalaluddin. Wah mudahnya bertemu jodoh…

Sumber: mStar

Sungguhpun begitu, Rapidah tidak pernah menyangka dia akan
bersuamikan Jalaluddin pada suatu masa nanti. Malah Rapidah
juga memberitahu, dia mengambil masa yang agak lama untuk
menerima lamaran pengacara Who Wants To Be A Millionaire itu.

Namun setelah melihat sikap penyayang dan
bertanggungjawab suaminya terhadap anak-anak dan cucu-cucu,
hati Rapidah mula terbuka buat Jalaluddin.
Aww
sweetnya! 

Sumber: mStar

Pasangan ini tidak bercadang untuk berbulan madu ke mana-mana
kerana atas permintaan Rapidah, dia mahu menghabiskan waktu
untuk mengenali anak-anak dan cucu-cucu Jalaluddin dan
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan
umrah pada Februari tahun hadapan,”
tambah Jalaluddin,
teruja.

Selamat pengantin baru Datuk Jalaluddin dan isteri! Semoga
perkahwinan kekal hingga ke jannah. Amin! 

Baca: Jalaluddin Hasan Temui Cinta
Baru Bersama Ibu Tunggal Melalui Facebook, Bakal Tamat Zaman
Duda

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source