Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Bagi mereka yang terbiasa melihat rancangan variasi Korea
tentang pembedahan plastik, anda pasti teruja melihat perubahan
peserta daripada wajah biasa-biasa ke rupa bak
supermodel yang kacak dan jelita. Pun begitu,
perubahan tersebut boleh dikatakan agak drastik hingga ahli
keluarga sendiri tidak dapat mengecam wajah peserta yang
terlibat.

Hal inilah yang menimpa seorang ibu apabila dia hampir
tidak mengenali anaknya saat melihat  lelaki itu kali
pertama selepas menjalani pembedahan plastik di Korea menerusi
rancangan realiti televisyen “Let Me In Thailand”,

lapor Coconuts.

Sumber: Coconuts

Noppajit Monlin yang berusia 22 tahun ini bekerja sebagai
seorang pekerja kilang di Thailand dan dikenali
mempunyai paras rupa yang hodoh dan menghadapi kesukaran dalam
mengunyah makanan kerana masalah rahangnya yang
senget.

Disebabkan kekurangan yang dialaminya, Noppajit seringkali
mengasingkan diri daripada pekerja kilang yang lain dan makan
bersendirian ketika waktu rehat. Ala kesiannya….

Sumber: CoconutsSumber: mStar

Walau bagaimanapun, Noppajit telah berjaya menyertai musim
ketiga rancangan realiti tersebut dan bersetuju untuk
menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan. Untuk
mendapatkan wajah yang diinginkan, Noppajit terpaksa menjalani
pembedahan di bahagian rahang, dahi dan kelopak mata.

Menerusi program tersebut juga, dia akan diberikan suntikan
botox kelenjar air liur, suatu prosedur untuk memperbaiki
lelehan air liur yang berlebihan dan rawatan kulit bagi
menghilangkan kecacatannya.

Hasil daripada pembedahan tersebut amat menakjubkan! Dah
rupa macam mamat Korea dah ni. Serius kacak! 

Sumber: CoconutsSumber: Coconuts

Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Noppajit
dijadualkan untuk bertemu ibunya buat pertama kali di restoran
kegemaran mereka. Situasi tersebut berubah menjadi
sebak apabila si ibu tidak dapat mengenali anaknya sendiri yang
hanya duduk di meja berhadapan dengannya.

Alahai! 

Saya sangat merinduinya dan ini bukan
lakonan,”
kata ibu Noppajit sebelum menitiskan air
mata di hadapan kamera.

Esak tangis ibu Noppajit bertambah-tambah apabila Noppajit
bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah ibunya.

Ibu masih ingat saya? Pandanglah saya,”
pinta Noppajit.

Ini kamu? Betulkah kamu ni?” soal ibu
Noppajit. Anak beranak itu kemudian saling berpelukan.
Aww sedihnya! 

Sumber: mStarSumber: Coconuts

Jika dilihat kepada perubahan yang berlaku ke atas Noppajit,
tidak hairanlah ibunya sukar untuk percaya bahawa dia adalah
anaknya. Dia juga terpaksa menunjukkan parut di tangan sebagai
pengesahan kepada ibunya.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya
rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal
dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih
ramai kawan,”
kata Noppajit dalam sesi temubual
program tersebut.

Sungguhpun rupanya sudah seperti seorang model dari Korea,
cinta Noppajit kepada kekasihnya, Tob, seorang transgender
masih tidak berubah. Mereka kini telah menjalinkan hubungan
selama tiga tahun.

Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia
tinggalkan saya. Kami mepercayai satu sama lain sejak awal
perkenalan lagi,”
ulas Tob, 26, kepada rancangan
tersebut.

Sumber: Coconuts

Noppajit yang berani meminta nombor telefon Tob sebaik lima
minit berkenalan di Facebook itu berkata,

“Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita
sejati, tetapi dia sebenarnya sudah seakan-akan seorang
perempuan. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya.

“Saya mungkin sudah mempunyai kehidupan baru sekarang,
namun hati saya tetap sama.” 

Walau apapun diharapkan hidup Noppajit berubah menjadi
lebih baik selepas perubahan yang dilakukannya ini. Semoga dia
tidak disisihkan lagi seperti dulu.

Baca: Wanita Lakukan Pembedahan
Plastik Terkandas di Lapangan Terbang Kerana Wajah Tidak Sama
Dengan Gambar Pasport

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source