Remaja Berusia 21 Tahun Ini Bongkar Bagaimana Dia Langsaikan Hutang RM100K

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sangat
tinggi. Tak kira sama ada bagi mereka yang sudah berkahwin mahu
pun yang masih bujang, semuanya memerlukan duit. Seperti yang
kita ketahui juga, kos untuk sambung belajar bukannya murah.
Pelajar terpaksa mengambil pinjaman walaupun dikenakan faedah
yang tinggi.

Seperti perkongsian yang dikongsikan di IIUM Confessions, di mana
remaja ini menanggung hutang sebanyak lebih daripada
RM100 ribu ketika usianya 21 tahun
.
Banyaknyaaa! Menurut lelaki ini, dia tersilap memilih
tempat bagi menyambung pengajiannya pada peringkat diploma.

Gambar hiasan

“Aku 22 tahun. Tersalah pilih tempat sambung diploma.
Berjaya tamatkan pengajian dalam diploma pengurusan dengan
hutang 100k+ di zaman kegawatan 2016 semasa umur 21
tahun!”

“Inilah silap paling bodoh aku pernah buat dalam
hidup aku patah lagi aku bukannya datang dari keluarga orang
berada”

Tambahnya, bidang yang diambil juga bukanlah bidang
professional seperti perubatan, jurutera atau arkitek.
Bebannya bertambah apabila sukarnya untuk  mencari
kerja yang berkaitan dengan bidang yang dia ada serta gaji yang
lumayan.

Gambar hiasan

“Terus terang gaji paling tinggi aku dapat
basic RM1200 je dengan guna diploma”

Hidupnya pada waktu itu sangat tertekan kerana sentiasa
memikirkan hutang yang ditanggung.

“Lepas 4 bulan kerja dengan basic RM1200
tanpa elaun dan ot aku nekad resign. Dua bulan aku
menganggur dekat rumah. Mulanya aku cuba apply
dengan syarikat-syarikat dalam Malaysia, tapi sebab
offer yang aku dapat tak seberapa akhirnya aku dapat
idea untuk cuba kerja di Singapura”

Dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Singapura, dan
nasib menyebelahinya. Dia berjaya mendapat kerja dengan
jawatan sebagai pembantu di sebuah gudang di sana dengan purata
gaji 2000 dolar apabila dicampur dengan elaun dan
overtime
. Menurutnya lagi, dia
bekerja 12 jam dan 6 hari seminggu.

“Kerja memang macam kuli batak la tapi bagi aku
berbaloi”

Niat dia bekerja di sana adalah untuk mengumpul duit gajinya
itu bagi membayar segala hutang. Maka, hidupnya di sana sangat
biasa. Tiada hiburan, tiada makan mewah.

Gambar hiasan

“Jadi setiap bulan aku cuma belanja 200 dolar untuk
bilik (kongsi 3 orang), 250 dolar untuk makan, bil telefon.
Transport pula disediakan oleh syarikat
tersebut”

“Makan biasa masak sendiri dan bawa bekal untuk jimat
kaw-kaw. Kalau bajet ada lebih bawa ke bulan depan”

“Jadi lepas dah settle duit belanja aku
tinggal la dalam RM4.6k, RM600 untuk parents. Baki
simpan ke tabung haji. Dah genap setahun aku kerja, simpanan
aku pun dah cecah RM49k bulan lepas”

Dia turut memaklumkan sebab dia memilih tabung haji untuk
menyimpan duit-duitnya itu,

“Sebab institut yang memberi pinjaman belajar pada
aku menawarkan diskaun bagi pelajar yang menamatkan
pengajian. Jadi aku tunggu diskaun lulus dulu. Lagipun
tiap-tiap tahun ada dividen selain dapat dimasukkan dalam
senarai queue untuk pergi haji”

Rancangannya sekarang, dia akan bekerja di sana selama 3 ke 4
tahun bagi mengumpul duit untuk sambung belajar ke peringkat
ijazah selepas itu. Dia turut berpesan,

“Untuk adik-adik yang nak sambung belajar dekat ipts
tu hati-hati pilih temapt belajar. Tak kisah lah dia janji
senang dapat kerja ke gaji tinggi ke apa ke. Semua tu
bullshit. Fikir sampai hangus-hangus dulu”

Hebat.. Jadi pelajar yang ambil pinjaman tu boleh lah ikut
cara ini untuk langsaikan hutang-hutang tu 🙂

Baca: Suami Kongsikan Pengorbanan
Isteri, Berikan RM1,000 Ketika Dalam
Kesusahan

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source