“Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM” – Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Dengar saja tagline “Amboi, amboi, amboi..” anda mesti
tahu siapakah selebriti ini. Siapa lagi kalau bukan Azwan Ali
yang bermulut becok dan lantang dalam menyuarakan pendapat
mengenai sesuatu isu. Kali ini pengacara dan pelakon yang
berusia 51 tahun itu kembali lagi dengan kontroversi baru.

Seperti yang semua sedia maklum, Azwan Ali merupakan adik
kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Hubungan kekeluargaan
antara kedua-duanya ini juga boleh dilihat tidaklah begitu baik
dan seringkali bertelagah kerana sesuatu isu.

Sumber: Rotikaya

Namun kali ini, Azwan telah bertindak sedikit agresif
dengan membuat pengakuan untuk menghapuskan kuasa abangnya
sebagai Menteri Besar Selangor
, lapor Malaysia Digest. Aik
sampai macam tu sekali? 

Melalui sebuah video yang tular di Facebook, Azwan mengaku
bahawa dia mempunyai lebih kurang 1 juta cadangan dan
cara untuk mengalahkan Azmin
serta berhajat untuk
duduk berbincang mengenai hal tersebut dengan Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Saya berdoa siang malam untuk duduk (berbincang)
dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Razali
Ibrahim pun jadilah. Tapi kalau dapat dengan PM, macam bulan
jatuh ke riba.

“Bukan nak habuan, bukan nak bodek. Tapi janji saya,
saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin seluruh Selangor.
Bukan hanya di (DUN) Bukit Antarabangsa, bukan hanya di
(Parlimen) Gombak, saya sanggup turun padang jual ikan, jual
apa semua,”
katanya. Tu diaa berkobar-kobar Azwan
Ali! 

Tambah Azwan lagi, cadangan-cadangannya yang bernas itu juga
mampu membuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tersenyum
dan gembira kerana ia mampu menjahanamkan Azmin di
Selangor.

Azwan juga pada masa yang sama tidak kisah untuk berkempen
sehingga ke Sabah dan Sarawak demi mendapatkan sokongan rakyat
untuk Barisan Nasional tanpa meminta bayaran.

Biarlah orang kata saya barua BN. So?
Alang-alang…” 

Sumber: Pepatung

Dalam pada itu, Azwan makin dilihat lantang dalam menentang
kepimpinan abangnya sendiri selepas terbongkarnya skandal
rasuah melibatkan anak saudara pengacara ini, Mohd Nuzul Fadli
Mohd Noriyualsaid melibatkan projek lombong pasir.

Walau bagaimanapun, Mohd Nuzul Fadli telah diberkas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu selepas
menemui wang bernilai RM4 juta di kediamannya.

Anda nilailah sendiri isu ini sebaik-baiknya. Menjelang
pilihan raya yang akan datang tidak lama lagi, makin banyak
kontroversi dan berita angin yang akan timbul. Lebih baik
selidik dahulu sebelum terima sesuatu bulat-bulat. 

Baca: Pemohon MyKad Dakwa Kena Ikrar
Undi BN, Jika Ingkar Permohonan Dibatalkan. Betul
ke?
 

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source