“Saya cuma simpan sekeping gambar mama… untuk tatap setiap hari lepaskan rindu.”

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam
sesebuah keluarga. Pengorbanan dan kasih sayang yang mereka
curahkan dalam membesarkan anak-anak dan memberikan didikan
sempurna tiada bandingannya.

Namun begitu, anak kecil dari Alor Gajah ini tidak sempat
merasai semua itu kerana telah kehilangan kedua ibu bapanya
sejak berusia lima tahun lagi.

Sumber: Harian Metro

Walaupun begitu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Putra Adam
Noramzar Syahrizal yang kini berusia 9 tahun tidak
pernah lupa untuk menziarahi pusara arwah ibunya yang bertempat
di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang sejak empat tahun lalu
untuk melepaskan rindu
, lapor Harian Metro.

Sumber: Dunia Itu

Adam pernah mendapat liputan meluas media dan menjadi
perhatian orang ramai beberapa tahun lepas kerana menziarahi
pusara ibunya setiap hari menjelang senja.
Ibu
kanak-kanak itu difahamkan telah meninggal dunia pada Januari
2013 di usia 32 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru,
manakala bapanya pula meninggal dunia pada 2009 sewaktu berusia
29 tahun. Aduhai… kesiannya! 

Sumber: Dunia Itu

Pun begitu, Adam yang kini tinggal bersama neneknya, Kamariah
Haroon, sudah berubah dan hanya ke tanah
perkuburan pada setiap petang Khamis dan Jumaat selepas tamat
kelas membaca Al-Quran semenjak memulakan
persekolahan.

“Jika dulu saya ke pusara arwah mama setiap hari tanpa
mengira waktu kerana rindu hendak berborak dengan mama.
Walaupun tahu tiada sahutan daripada mama, namun saya tetap
meluahkan apa sahaja padanya.”

Sumber: Berita Harian

Adam yang terdiam seketika sebelum tersenyum jika ditanya
mengenai ibunya, kini mula mengerti akan pemergian wanita yang
amat disayangi itu dan mengehadkan masa menziarahi pusara pada
hari tertentu sahaja selepas dinasihatkan orang ramai.

“Saya cuma simpan sekeping gambar mama, hanya itu yang
ada untuk saya tatap setiap hari untuk lepaskan rindu. Nenek
sentiasa ingatkan saya supaya hadiahkan arwah mama dengan doa
dan surah.”

Sumber: Dunia Itu

Kamariah turut menceritakan bahawa setiap kali ke tanah
perkuburan, Adam akan ‘berborak’ dengan arwah ibunya sambil
memegang, mengusap dan memeluk batu nisan sebagai cara
meluahkan rasa kasihnya.

“Saya tahu dia rindu perhatian dan manja yang
dicurahkan arwah,”
kata Kamariah.

Sumber: Dunia Itu

Demi masa depan kanak-kanak tersebut, Kamariah sentiasa
menyimpan wang yang disedekahkan oleh keluarga angkat Adam dan
orang ramai ke dalam satu akaun bank khas dan membuka akaun
Tabung Haji kepada Adam. Itulah yang terbaik buat anak
ini…

Semoga Adam tabah menghadapi dugaan pemergian kedua ibu
bapa dan tidak lupa bahawa ramai yang menyayangi di
sekelilingnya. Al-Fatihah buat ibu dan bapa Adam. 

Baca: Demi Anak… Sebak Baca Kisah
Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan
Rumput

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source