“Seriouslah darjah 6?” – Netizen Terpegun Budak Sekolah Rendah Nampak Matang

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Budak zaman sekarang memang lain daripada budak-budak zaman
dulu. Apatah lagi kini mereka terdedah kepada dunia luar di
usia yang muda dengan adanya teknologi dan media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter.

Tidak hairanlah, pelajar masa kini lebih maju dalam pelbagai
aspek termasuklah fesyen dan penampilan kerana mereka mempunyai
akses kepada bahan-bahan di internet, berbeza dengan
pelajar-pelajar zaman dulu.

Baru-baru ini, tular gambar seorang pelajar
perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan penampilan
yang kemas.
Gambarnya menjadi topik perbualan hangat
kerana dikatakan cantik meskipun baru  berusia 12 tahun!
Mudanyaaaa dik!

Sumber: Twitter

Tidak lama selepas itu, sekali lagi pelajar yang sama
mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambar
makan malam anjuran sekolah di Instagram. Netizen
kemudian mula membuat perbandingan tentang pelajar darjah 6
zaman dulu dan sekarang.
Memang berbeza
beb!

Sumber: InstagramSumber: Instagram

Gambar tersebut yang diikuti dengan caption, “Malam
Seribu Kenangan”, telah mendapat perhatian netizen kerana
mereka tidak sangka dan terpegun dengan penampilan
kesemua individu yang baru sahaja berusia 12 tahun.

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta
mengenakan night dress membuatkan ramai
berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih
matang daripada usia mereka.

Sumber: InstagramSumber: Instagram

Penampilan mereka yang ibarat sudah lebih berusia, sudah
semestinya mendapat perhatian ramai. Netizen
bagaimanapun
 tidak lupa untuk mengucapkan tahniah
di atas keputusan peperiksaan UPSR tempoh hari.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Namun, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen
negatif dengan membandingkan zaman mereka dengan zaman
pelajar sekarang yang dikatakan terlalu
advance
. Mereka turut memperlekehkan
pelajar-pelajar ini dengan berkata kononnya budak darjah 6
zaman sekarang tidak dapat merasakan keseronokan zaman
kanak-kanak seperti dahulu. Lain orang, lainlah kan…

Sumber: FacebookSumber: FacebookSumber: Facebook

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan perbandingan
segelintir netizen itu dengan memberikan pendapat mereka bahawa
zaman berubah mengikut peredaran masa. Jadi, tidak hairanlah
budaya zaman dahulu dan sekarang sama sekali berbeza. Betul
tu!

Sumber: Facebook

Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah
sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan
malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Kau
hado?

Betullah tu, zaman sekarang tak sama dengan dulu. Dulu-dulu
kita pun tak mampu beli make up, apatah lagi nak makan kat
hotel.

Baca: “Fatin ‘punya’ longgar teruk
ah” – Ibu Terkejut Lihat Whatsapp Group Anak 12 Tahun Sembang
Lucah

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source