Stesen Minyak di Kuala Terengganu Paksa Orang Awam Beli Kupon Untuk Guna Tandas

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Selain untuk tujuan mengisi minyak kenderaan dan membeli snek
atau makanan ringan sebagai bekal sepanjang perjalanan, ramai
orang selalunya berhenti di stesen minyak kerana kemudahan
tandasnya yang percuma. Pun begitu, lain pula dengan pengalaman
lelaki ini yang mendakwa terpaksa membuat bayaran sewaktu mahu
menggunakan tandas di sebuah stesen minyak.

Menurut mStar, seorang lelaki 
telah berkongsi di laman Facebook tentang insiden mengejutkan
yang dilaluinya kerana terpaksa membeli kupon dan
mengambil kunci di kaunter ketika ingin menggunakan bilik air
di sebuah stesen minyak.

Sumber: mStar

“Saya terkejut apabila orang awam yang ingin
menggunakan tandas di situ perlu membayar kupon dan mengambil
kunci di kaunter.”

Lelaki dikenali sebagai Aziz pada ketika itu singgah di sebuah
stesen minyak Shell di Kuala Terengganu kerana mahu
membersihkan bayinya yang berusia dua bulan. Namun, dia
terkejut dengan caj ‘paksa rela’ yang dipraktikkan di stesen
minyak berkenaan lalu membatalkan niat untuk menggunakan tandas
itu.

Perkongsian Aziz di laman sosial mendapat pelbagai reaksi
netizen. Ada yang mempersoalkan tindakan stesen minyak itu
kerana menganggap kemudahan tandas tersebut tidak wajar
dikenakan bayaran. Pun begitu, ada juga yang bersetuju membayar
kerana mendakwa servis yang diberikan berbaloi.

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Berikutan tularnya perkongsian Aziz di media sosial, Presiden
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Shell Malaysia, Datuk Abd
Wahid Bidin tampil memberikan pendapatnya berhubung isu itu.

“Kalau nak caj pelanggan guna tandas, pastikan
service mencapai tahap lima
bintang. 
Bagi saya, kalau
service yang diberikan itu lima bintang, caj 50 sen
itu adalah berpatutan. Tapi kalau setakat tiga atau empat
bintang, tak padanlah nak caj pelanggan.”

“Jika ada stesen yang mahu laksanakan kaedah pembelian
bersyarat begitu, pastikan ada pekerja yang menjaga keselamatan
pengguna dan kebersihan tandas sentiasa dipantau.”

Sumber: Facebook

Abd Wahid juga memaklumkan bahawa pengusaha stesen minyak tidak
mendapat potongan untuk bil Indah Water dan kos utiliti yang
perlu ditanggung telah meningkat sebanyak lima kali ganda sejak
2008. Ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa ada stesen
minyak yang bertindak mengenakan bayaran untuk penggunaan
tandas mereka.

Dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat,
berkemungkinan akan ada lebih banyak stesen minyak yang tidak
dapat mengekalkan service tandas percuma selepas
ini. 

NOTA: Gambar kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi
sahaja.

Baca: Ibu Bapa Beri Contoh Tidak
Baik, Curi Tabung Derma di Kaunter Stesen Minyak Depan
Anak

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source