Tak Serik Dikecam, Fathia Latiff Nak Interview Perdana Menteri Malaysia Pula!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Selepas rakaman video Bigo Live yang berpenampilan seksi
dan kelakuan tidak senonohnya tersebar
, nama pelakon Nur
Fathia Latiff asyik mendapat perhatian netizen. Apa sahaja yang
dikongsi oleh Fathia di media sosial sudah menjadi bahan
kutukan netizen yang gemar merendah-rendahkan pelakon ini.

Bagaikan tidak serik dengan kontroversi yang dicetuskan sewaktu
memuat naik status-status di laman Twitter miliknya, terkini
Fathia menyuarakan isi hatinya yang berniat untuk
menemubual Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak
pula
, lapor Sinar Harian. Pulak
dah?

Sumber: Twitter

Dalam status yang dimuat naik bersama sekeping gambar yang
diambil sewaktu dia menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun
Mahathir Mohamad pada bulan Jun lalu, Fathia menyatakan
hasrat agar diberi peluang untuk menemu bual Perdana Menteri
Malaysia yang terkini pula. 

Tidak tahu kepada siapa status tersebut ditujukan,
Fathia telah merayu-rayu untuk menemu bual Najib dan
mengatakan bahawa dia akan berkelakuan baik
jika
diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri itu.
Hmmm… ada-ada je Fathia ni! 

Seperti sudah bersiap sedia dengan setiap status yang bakal
dimuat naik oleh Fathia, para keyboard warriors
menghujani ruangan komen Twitter pelakon tersebut
dengan serta merta dan mencaci Fathia yang dianggap
tidak layak menemu bual seorang yang berpangkat tinggi seperti
Najib.

Sumber: TwitterSumber: Twitter

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan Fathia seorang
yang gila publisiti kerana memuat naik status seperti itu.
Rata-rata juga mengaitkan dirinya sebagai murah kerana menayang ‘aset’ di Bigo dan
seolah-oleh perkara itu baru berlaku semalam.

Sumber: TwitterSumber: Twitter

Pun begitu, ada juga di antara peminatnya yang positif
menyokong cita-cita Fathia dan terus memberikan sokongan agar
pelakon Dia Isteri Luar Biasa ini tidak termakan kata-kata
negatif netizen. Netizen macam ni la kita nak!

Apa-apapun yang dimuat naik di laman sosial adalah hak
peribadi. Namun diharapkan Fathia lebih berhati-hati selepas
ini kerana hidup sebagai artis memang tak lari daripada cacian
mulut masyarakat.  

Baca: “Kau la antara sebab orang dok
label artis takde otak!” – Fathia Dikecam Kerana Kritik
Najib

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source