“Tolonglah hormat sikit bila orang kata tak nak komen. Bukan tulis Neelofa tak mau layan…”

by

inspirasiwanita.net  Dapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Sejak dua tiga hari ini, isu perkahwinan senyap-senyap antara
pelakon terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura telah menjadi topik
hangat di antara netizen.

Terbaru, pengesahan perkahwinan dua pelakon ini oleh sumber
terdekat kepada Mingguan Malaysia telah
mencetuskan pergeseran di antara dua kelab
peminat iaitu Fattzura dan Lofattah yang pernah
menjadi kegilaan suatu ketika dulu.
Sumber: Instagram

Susulan daripada isu ini, Neelofa selaku wanita yang pernah
dikaitkan bercinta dengan Fattah telah terkena tempiasnya
apabila wartawan ingin mengetahui reaksi pelakon yang
kini usahawan berjaya itu mengenai pernikahan
tersebut.

Namun ketika ditemui, Neelofa memilih untuk mengunci mulut dan
meletakkan jari di bibir sebagai tanda untuk tidak mahu
menjawab soalan tersebut, lapor Rotikaya. Melihatkan
reaksi Neelofa sebegitu, ramai yang mula membuat spekulasi
dengan menuduh Neelofa kecewa dengan berita pernikahan Fattah
dan Fazura baru-baru ini. Emm…..
Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Neelofa menerusi instastory telah
menghentam tindakan sesetengah wartawan akhbar yang dikatakan
memutar belit kenyataannya berkaitan isu pernikahan Fattah
dalam sebuah artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau
Layan’.
Sumber: Harian Metro

Menerusi entrinya di Instagram, Neelofa telah
meminta wartawan berkenaan untuk menghormati privasi seseorang
selebriti apabila dia enggan memberi sebarang komen mengenai
perkara tersebut.

“Tolonglah hormat sikit bila orang kata tak nak komen,
bukan tulis “Neelofa tak mau layan” dan masih tulis
ataumention nama mereka tentang isu yang I tak nak
komen tu. 

“Di mana etika kewartawan anda? Penatlah dengan kes
macam ni. I’m sure ramai rakan artis yang lain juga
selalu terkena perkara yang sama,” luahnya.

Habislah Lofa dah marah! 
Sumber: Instagram

Terdahulu, bekas kekasih Fattah, Sherry Ibrahim telah
mengeluarkan kenyataan bahawa dia tumpang gembira sekiranya
benar Fattah dan Fazura sudah bertunang atau melangsungkan
perkahwinan dan berdoa semoga pasangan tersebut mengecapi
bahagia bersama, lapor Beautifulnara.

Kenyataan daripada pelakon ini telah mendapat pujian daripada
netizen yang rata-rata membandingkannya lebih tenang daripada
Neelofa yang nampak sedikit tegang menerima isu tersebut.
Sumber: Beautifulnara

Walau bagaimanapun, diharapkan isu seperti ini tidaklah
berpanjangan. Neelofa mungkin punya sebab yang kukuh untuk
mengunci mulut mengenai perkara lepas yang sudah berakhir. Bak
kata orang, buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

Buat netizen, lebih baik diam daripada menghambur kata-kata
yang tak elok. Sama ada Fattah, Fazura dan Neelofa pastinya
tidak mahu perkara seperti ini diperbesarkan. Harapnya peminat
Lofattah cepat ‘move on’ ye! 

Baca: “Macam kahwin terdesak nak
berlaki!” – Peminat #Lofattah Kecam Fazura Tidak
Bermaruah

Dapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

 

source