“Tuanku Yang Islamkan Kami Sekampung” – Tok Batin Kongsi Memori Paling Indah Bersama Sultan Kedah

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim memang ditangisi
ramai terutamanya mereka yang begitu rapat dan pernah bertemu
dengan Almarhum semasa hayatnya. Ramai mengambil peluang
berkongsi kisah kehidupan serta sifat peribadi Tuanku,
termasuklah cucunya, Raja Sarina Iskandar yang
menceritakan keperibadian ‘Tok’ nya
yang tidak diketahui
ramai.

Begitu juga dilakukan Tok Batin, Razali Kulim yang berkongsi
detik paling bersejarah dalam hidupnya
iaitu pengislamannya di hadapan Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah ketika di usia belasan tahun.

Sumber: PenggunaSumber: Memori

Menurut mStar, 50 keluarga
Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong di Baling lalui
kenangan terindah apabila memeluk Islam di hadapan Tuanku 30
tahun yang lalu.

Almarhum baginda merupakan individu yang pertama
mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung itu sekitar tahun
1986. 
Tok Batin, Razali Kulim
akui pengalaman manis itu memberi kesan yang
sangat mendalam dalam hidup
mereka, bahkan masih segar
di ingatan hingga ke hari ini.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah,
baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih
belasan tahun.”

Sumber: MemoriSumber: Damia Noraini

Bukan itu sahaja, Almarhum Tuanku dikatakan sentiasa
mengambil berat tentang permasalahan masyarakat
Orang
Asli Ken Sieu di kampung itu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim
selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan.”

Paling tidak dapat dilupakannya adalah apabila baginda
selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran
Islam.

Sumber: Karya
Hati
Sumber: Karya
Hati

Kampung Lubuk Legong adalah satu-satunya perkampungan asal
Orang Asli dari suku Kaum Kensui (kumpulan Negrito) di
Semenanjung Malaysia. Kampung itu terletak kira-kira 13
kilometer dari Bandar Baling dan telah dikategorikan sebagai
perkampungan pinggir bandar.

Baca: “Walaupun ketika gering, Tok
akan menepati masa” – Cucunda Sultan Kedah Kongsi Catatan
Menyentuh Hati

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

source