Wanita Sering Menunjuk Kekayaan Di Media Sosial, Rupa-rupanya Kantoi Pakai Duit Curi

by

Media sosial sentiasa menjadi platform kepada pengguna untuk memaparkan kehidupan seharian mereka. Masing-masing berlumba untuk menunjukkan betapa kehidupan mereka lebih sempurna daripada orang lain. Namun, bukan semua yang dimuat naik di media sosial adalah benar.

Indah khabar daripada rupa. Itu adalah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan wanita dari Taipei ini yang sering menayangkan kekayaannya di media sosial. Namun, rupa-rupanya semua itu bukan seperti yang disangkakan.

Video Player

00:00
01:42

Menurut laporan Harian Metro, Lin Siyin, 37, telah didakwa menipu hampir RM9.31 juta duit orang ramai termasuklah duit keluarganya sendiri dalam tempoh tujuh tahun. Mak aii..Banyaknye!

Sumber: Daily Mail

Menurut Daily Mail, Lin telah memperdaya rakan-rakan dan ahli keluarga supaya melaburkan wang mereka kepadanya. Dia juga berjanji akan memberikan pulangan yang lumayan.

Lin juga dikatakan telah memulakan ‘bisnes’ tersebut sejak tahun 2010. Dia mengaku telah memujuk pelaburnya dengan menjanjikan bukan sahaja pulangan modal, malah faedah sebanyak lapan peratus serta bonus bulanan sebanyak antara dua hingga empat peratus.

Penipuan yang dilakukan oleh Lin akhirnya terbongkar apabila 10 orang mangsanya telah melaporkan kepada pihak polis. Haa akhirnya kantoi jugak!

Sumber: Apple Daily Taiwan

Wang, salah seorang mangsanya, memberitahu telah melaburkan RM3.2 juta kepada Lin tiga tahun yang lalu, kerana tertarik dengan skim pelaburan yang dijalankannya.

Bagaimanapun, sehingga kini saya gagal mendapatkan wang saya kembali,” katanya.

Lin dikenali oleh pengikutnya sebagai ‘dewi kereta mewah’ kerana seringkali memuat naik gambar bersama kereta-kereta mewah. Bukan itu sahaja, dia juga selalu menaikkan gambarnya membeli beg tangan jenama Hermes dan jam tangan Patek Phillipe. Wow!

Sumber: SET News
Sumber: SET News

Difahamkan, Lin yang sudah menutup akaun Facebook miliknya turut membeli rumah mewah menggunakan duit pelabur yang terpedaya. Walau bagaimanapun, sebelum ditangkap, dia sudah menjual semua rumah dan kereta miliknya untuk mendapatkan duit.

Mahkamah Tinggi Taiwan telah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun tujuh bulan ke atas Lin selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dan niat untuk memperdaya.

Laaa…Ingatkan memang betul-betul kaya daripada hasil titik peluh sendiri, rupa-rupanya duit orang lain. Betullah orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.