Warganegara Malaysia Boleh Mohon Visa Bekerja Sambil Melancong Ke New Zealand Mulai 2017!

by

inspirasiwanita.net  

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Perhatian! Perhatian! Pernah tak tiba-tiba stress dan rasa nak
ke luar negara? Anda selalu terhimpit dengan masalah ingin
melancong tetapi mempunyai kerja yang tidak dapat ditinggalkan
dalam tempoh yang lama? Atau anda teringin untuk bekerja sambil
melancong?

Impian anda hampir menjadi kenyataan! Nak tahu kenapa?!

Jabatan Imigresen New
Zealand
baru-baru ini telah memuat naik informasi berkenaan
permohonan Visa Bekerja Sambil Melancong Bagi
Warganegara Malaysia!
(Malaysia Working Holiday Visa).

* Dengan visa itu, anda boleh bekerja di New Zealand
sambil melancong di sana!

Siapa taknak pergi New Zealand kan? Pemandangan
menakjubkan dan dikenali dengan sikap penduduknya yang
ramah serta menjadi Top 5 Negara Paling Selamat di
Dunia sejak tahun 2010
lagi!

nz

Queenstown, New ZealandQueenstown, New
Zealand

Visa itu akan membantu anak-anak muda dari Malaysia untuk ke
New Zealand dan tinggal untuk tempoh yang ditetapkan. Macam
mana?

Mudah je! Jika anda seorang warganegara Malaysia dan mempunyai
sekurang-kurangnya NZ $2,250 (RM7,160), anda boleh memohon
untuk visa ini. Anda memerlukan sejumlah wang itu untuk
menanggung perbelanjaan sepanjang penginapan di sana.

Sambil menikmati percutian, anda dibenarkan belajar atau
bekerja di New Zealand! Menarik kan?!

n2n3

Menurut informasi di laman web itu, pemohon dibenarkan untuk
menetap di sana selama 6 bulan.

Syarat kelayakan umur adalah dari 18 hingga 30
tahun
. Opss! Setiap tahun kuota kelulusan
permohonan terhad kepada 1150 pemohon sahaja!
Tahun
sebelumnya, kuota penuh dengan begitu cepat sekali jadi jika
anda betul-betul berminat, anda disyorkan untuk memohon visa
secepat mungkin sebaik sahaja permohonan dibuka iaitu pada
20 Januari 2017! Mesti ramai yang dah tak
sabar tuuu…

n1

Fox GlacierFox Glacier

Jika anda adalah pemegang visa itu, anda dibenarkan bekerja
sepanjang tempoh 6 bulan percutian di sana. Antara kerja yang
boleh dimohon adalah pengasuh kanak-kanak, pelayan
restoran, kerja buruh, kerja di sektor perladangan

dan macam-macam lagi.

Sumber: New Zealand ImmigrationSumber: New Zealand
Immigration

 

w1Sumber: Otago Daily
Times

Tetapi anda juga perlu tahu, permohonan hanya boleh
dibuat secara atas talian (online)
serta
pemohon tidak dibenarkan untuk menerima tawaran
pekerjaan tetap.
Selain itu, bagi yang sudah berkahwin
pula, anda tidak dibenarkan untuk membawa anak bersama-sama.
Jika pasangan anda juga mahu ke New Zealand, mereka perlu
memohon visa sendiri.

New Zealand sememangnya terkenal dengan pemandangan yang sangat
cantik seperti Tongariro National Park, Milford Sound, Thermal
Pools of Rotorua, Huka Falls serta kawasan set
penggambaran filem Hobbiton. Anda pasti tidak mahu melepaskan
peluang menjadi antara 1150 pemohon yang terpilih untuk ke
sana!

 

 

Set penggambaran filem HobbitonSet penggambaran
filem Hobbiton
Huka FallsHuka
Falls
Milford SoundMilford
Sound
Thermal Pools of RotoruaThermal Pools of
Rotorua
Tongariro National ParkTongariro National
Park

Cantik kan?! 

Informasi lanjut tentang proses permohonan visa, anda boleh
lawati laman web Jabatan Imigresen New Zealand di sini.

 

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

source