Wow! iPhone 8 Wanita Ini Masih Berfungsi Walaupun Kereta Meletup dan Terbakar!

by
Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari:

Telefon bimbit zaman sekarang ni jarang kita dengar tahan lama
penggunaannya dan tahan lasak seperti zaman telefon Nokia 3310
dulu. Tambah-tambah lagi kalau kalau telefon bimbit tersebut
dah tercampak dalam api kebakaran.

Biasanya jika telefon terbakar dalam api, memang sudah tidak
dapat diselamatkan lagi. Namun, seorang wanita dari
Singapura ini sangat bertuah kerana telefon bimbitnya yang
disangka sudah musnah dijilat api terselamat
, lapor
WORLD OF BUZZ.

Gambar hiasan

Ketika hari kejadian 26 November lalu, wanita tersebut
menumpang kereta Mercedes milik rakan untuk kembali ke
pangsapurinya pada waktu petang. Setibanya di lokasi, mereka
keluar untuk memeriksa keadaan kereta selepas terhidu bau
seperti ada sesuatu yang terbakar.

“Bahagian hadapan kereta dah berasap dan ada sedikit
percikan api. Saya dan kawan cepat-cepat jauhkan diri daripada
kereta. Kemudian kami dengar empat atau lima kali bunyi letupan
datang daripada kereta,”
kata wanita tersebut.

Sejurus bunyi letupan, kereta milik rakannya
terbakar dalam masa beberapa minit sahaja. Api yang marak
dengan tiba-tiba menyebabkan dua individu tersebut
tidak dapat menyelamatkan apa-apa daripada kereta itu,
termasuklah iPhone 8 Plus yang baru sahaja dibeli oleh wanita
tersebut. 
Aduhai!

Sumber: Sinchew

Menyedari api marak, mereka segera menghubungi pihak bomba
untuk menyelamatkan keadaan. Sewaktu insiden itu berlaku,
wanita tersebut baru sahaja membeli telefon bimbit
berkenaan yang berharga RM3,000 dan malah, ianya masih berada
di dalam kotak! 

Berserah dengan nasib yang menimpa telefon barunya, sesuatu
yang tidak disangka-sangka berlaku selepas pihak bomba berjaya
memadamkan api.

“Sewaktu api dah dipadamkan, ahli bomba datang dan
serahkan kotak telefon saya yang dah hangus terbakar. Ajaibnya
telefon saya di dalam tu terselamat dan tak rosak
pun!”

Sumber: Sinchew

Juruteknik telefon juga terkejut mendengar apa yang berlaku
kepada iPhone 8 Plus wanita berkenaan kerana telefon
selalunya akan cair bila terkena suhu yang tinggi. Bateri dan
skrin LCD juga akan rosak dalam kes seperti ini.

Walaupun kereta Mercedes kawannya sudah tidak dapat
diselamatkan, wanita ini sangat bertuah kerana telefon
barunya masih elok. Memang bernasib baik betul!

Fuhhh! Memang betul ajaib kes ni. Untung wanita tu
handphone masih elok. Kalau tak, menangis tak sudah la, harga
mahal pulak tu!

Baca: Konon Beli iPhone 6 Berharga
RM400 Tapi Rupa-rupanya Dapat Kotak Berisi
Kentang

Rocket WOBDapatkan
berita yang paling viral setiap hari: